Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Pengemukaan dan Kesan Keterangan

Bab

3 - Pemeriksaan Saksi

Seksyen

109

Tajuk

Soalan yang cenderung menyokong keterangan mengenai fakta relevan yang boleh diterima
109

Apabila seseorang saksi yang dicadang hendak disokong memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta relevan, dia boleh disoal tentang apa-apa hal keadaan lain yang telah dilihatnya pada atau dekat dengan masa atau tempat yang fakta relevan itu telah berlaku, jika Mahkamah berpendapat bahawa hal keadaan itu, jika terbukti akan menyokong testimoni saksi itu tentang fakta relevan yang mengenainya dia memberikan keterangan.

MISALAN

A, seorang rakan sejenayah, menerangkan hal suatu kesalahan yang dalamnya dia telah mengambil bahagian. Dia memperihalkan berbagai-bagai kejadian, yang tak berkaitan dengan kesalahan itu, yang telah berlaku dalam perjalanannya ke tempat dan dari tempat di mana kesalahan itu telah dilakukan.

Keterangan bebas mengenai fakta ini boleh diberikan untuk menyokong keterangannya itu tentang kesalahan itu sendiri.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.