Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Pengemukaan dan Kesan Keterangan

Bab

3 - Pemeriksaan Saksi

Seksyen

101

Tajuk

Mahkamah akan memutuskan bila soalan hendak ditanya dan bila saksi boleh dipaksa menjawab
101 [1]

Jika apa-apa soalan adalah berhubungan dengan sesuatu perkara yang tak relevan dengan guaman atau prosiding itu, kecuali setakat yang soalan itu menyentuh kebolehpercayaan saksi itu dengan mencela wataknya, maka Mahkamah hendaklah memutuskan sama ada saksi itu boleh dipaksa menjawab soalan itu atau tidak, dan Mahkamah boleh, jika difikirkannya bahawa saksi itu tidak patut dipaksa menjawab soalan itu, mengingatkan saksi itu bahawa dia tidak terpaksa menjawabnya.

101 [2]

Pada menjalankan budi bicaranya, Mahkamah hendaklah
mengambil perhatian akan perkara yang berikut:

(a) soalan itu adalah wajar jika ia sedemikian rupa sehingga kebenaran tohmahan yang dibayangkan olehnya itu akan menyentuh dengan serius pendapat Mahkamah tentang kebolehpercayaan saksi itu atas perkara yang dinyatakan;

(b) soalan itu adalah tak wajar jika tohmahan yang dibayangkan olehnya itu adalah berhubungan dengan perkara-perkara yang telah berlaku sebegitu lama dahulu atau yang bersifat sedemikian sehingga kebenaran tohmahan itu tidak akan menyentuh atau akan menyentuh sedikit sahaja pendapat Mahkamah tentang kebolehpercayaan saksi itu atas perkara yang dinyatakan;

(c) soalan itu adalah tak wajar jika terdapat ketakseimbangan besar antara kepentingan tohmahan yang dibuat terhadap watak saksi itu dengan kepentingan keterangannya;

(d) Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengambil kesimpulan daripada keengganan saksi itu untuk menjawab bahawa jawapan itu, jika diberikan, tidak akan memberikan faedah kepadanya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.