Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

I - Kerelevanan

Bab

2 - Qarinah

Seksyen

9

Tajuk

Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan fakta persoalan atau fakta relevan
9

Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan apa-apa fakta persoalan atau fakta relevan, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu kesimpulan yang dibayangkan oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan, atau yang menentukan identiti mana-mana benda atau orang yang identitinya ialah relevan, atau yang menetapkan masa atau tempat di mana mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan telah berlaku atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya mana-mana fakta itu ditransaksikan, ialah qarinah setakat yang fakta itu perlu bagi maksud itu.

 

MISALAN

(a) Soalnya ialah sama ada apa-apa dokumen tertentu ialah wasiat A.

Keadaan harta A dan keadaan keluarganya pada tarikh wasiat yang dikatakan itu ialah qarinah.

(b) A dituduh melakukan suatu jenayah.

Fakta bahawa sejurus selepas berlakunya jenayah itu A telah melarikan diri dari rumahnya ialah qarinah di bawah seksyen 8, sebagai kelakuan yang kemudian daripada dan tersentuh oleh fakta persoalan.

Fakta bahawa pada masa dia meninggalkan rumahnya itu dia ada urusan tiba-tiba dan mendesak di tempat dia pergi itu ialah qarinah sebagai cenderung menghuraikan fakta bahawa dia telah meninggalkan rumahnya dengan tiba-tiba.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.