Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

I - Kerelevanan

Bab

2 - Qarinah

Seksyen

35

Tajuk

Bila pendapat tentang tulisan tangan ialah qarinah
35

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang siapakah orang yang telah menulis atau menandatangani mana-mana dokumen, maka pendapat mana-mana orang yang kenal akan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangani dokumen itu, bahawa dokumen itu telah atau tidak ditulis atau ditandatangani oleh orang itu, ialah qarinah.

Huraian—Seseorang dikatakan kenal akan tulisan tangan seseorang lain apabila dia telah melihat orang itu menulis, atau apabila dia telah menerima dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu bagi menjawab dokumen yang telah ditulis olehnya sendiri atau di bawah kuasanya dan dialamatkan kepada orang itu, atau apabila, dalam perjalanan biasa urusan, dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu lazimnya dikemukakan kepadanya.

MISALAN

Soalnya ialah sama ada sesuatu surat tertentu adalah daripada A kepada isterinya.

Keterangan diberikan oleh B yang ialah setiausaha A dan tugasnya adalah untuk meneliti dan memfailkan persuratan A.

Pendapat B atas soal sama ada surat itu dalam tulisan tangan A ialah qarinah, walaupun B tidak pernah melihat menulis.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.