Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Pengemukaan dan Kesan Keterangan

Bab

4 - Peruntukan Khas Berhubungan Dengan Testimoni Saksi

Seksyen

121

Tajuk

Pemeriksaan rahsia
121 [1]

Suatu pemeriksaan rahsia hendaklah dijalankan melalui surat rahsia yang dalamnya ditulis oleh Hakim nama defendan atau tertuduh dan hal perkara tuntutan atau pertuduhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, nama saksi, pengenalannya, kerjanya dan tempat tinggalnya.

121 [2]

Surat rahsia itu hendaklah dimasukkan ke dalam sampul termeteri dan diserahkan oleh Mahkamah kepada orang yang dilantik sebagai pemeriksa rahsia itu.

121 [3]

Apabila diterima surat rahsia itu dan selepas dibaca kandungannya, pemeriksa rahsia itu hendaklah menulis di bawah nama saksi yang dinyatakan dalam surat itu perkataan ‘adil atau perkataan “tidak ‘adil” (jurh), mengikut penilaiannya, dan hendaklah dengan serta merta mengembalikan surat itu kepada Hakim.

121 [4]

Jika surat rahsia itu dikembalikan kepada Hakim dengan perkataan “tidak ‘adil” atau “wallahu a ‘alam” atau apa-apa perkataan lain yang bermaksud sedemikian tertulis padanya, atau jika tiada apa-apa ditulis padanya, Hakim tidak boleh menerima keterangan saksi itu dan boleh meminta seorang saksi lain dikemukakan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.