Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

II - Pembuktian

Bab

3 - Keterangan Dokumentar

Seksyen

50

Tajuk

Keterangan sekunder
50

Keterangan sekunder termasuklah—

(a) salinan diperakui yang diberikan di bawah peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini;

(b) salinan yang dibuat daripada naskah asal melalui proses mekanikal, yang sendirinya mempastikan ketepatan salinan itu, dan juga salinan yang dibandingkan dengan salinan itu;

(c) salinan yang dibuat daripada atau yang dibandingkan dengan naskah asal;

(d) kauanterpart dokumen terhadap pihak yang tidak menyempurnakannya;

(e) keterangan lisan mengenai kandungan sesuatu dokumen, yang diberikan oleh seseorang yang telah melihat atau mendengar sendiri dokumen itu atau menganggapinya sendiri dengan apa jua cara.

MISALAN

(a) Fotograf dokumen asal ialah keterangan sekunder mengenai kandungannya, walaupun fotograf dan dokumen asal itu tidak dibandingkan, jika dibuktikan bahawa benda yang telah difotograf itu ialah dokumen asal.

(b) Salinan yang telah dibandingkan dengan salinan surat yang telah dibuat dengan mesin penyalin ialah keterangan sekunder mengenai kandungan surat itu jika dibuktikan bahawa salinan yang dibuat dengan mesin penyalin itu telah dibuat daripada dokumen asal.

(c) Salinan yang disalin daripada suatu salinan tetapi kemudiannya dibandingkan dengan dokumen asal ialah keterangan sekunder, tetapi salinan yang tidak dibandingkan sedemikian itu bukanlah keterangan sekunder mengenai dokumen asal, walaupun salinan yang daripadanya ia disalin telah dibandingkan dengan dokumen asal.

(d) Keterangan lisan mengenai suatu salinan yang telah dibandingkan dengan dokumen asal ataupun keterangan lisan mengenai suatu fotograf atau salinan mesin dokumen asal tidaklah menjadi keterangan sekunder bagi dokumen asal.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.