Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

I - Kerelevanan

Bab

2 - Qarinah

Seksyen

11

Tajuk

Bila fakta boleh menjadi qarinah
11

Fakta menjadi qarinah—

(a) jika ianya tak konsisten dengan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan;

(b) jika dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain, ia menjadikan kewujudan atau ketakwujudan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan amat barangkali atau amat tak barangkali.

MISALAN

(a) Soalnya ialah sama A ada melakukan suatu jenayah di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.

Fakta bahawa pada hari itu A berada di Ipoh ialah qarinah.

Fakta bahawa hampir dengan masa berlakunya jenayah itu A berada jauh dari tempat di mana jenayah itu dilakukan, yang menjadikannya amat tak barangkali, walaupun tak mustahil, bahawa dia telah melakukan jenayah itu, ialah qarinah.

(b) Soalnya ialah sama ada A telah melakukan suatu jenayah.

Hal keadaannya sebegitu rupa sehingga menunjukkan bahawa jenayah itu pasti telah dilakukan sama ada oleh A, B, C atau D. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa  jenayah itu tak mungkin telah dilakukan oleh seseorang lain dan bahawa ia tidak dilakukan sama ada oleh B, C atau D, ialah qarinah.

 

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.