Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Pengemukaan dan Kesan Keterangan

Bab

3 - Pemeriksaan Saksi

Seksyen

117

Tajuk

Menggunakan sebagai keterangan dokumen yang enggan dikemukakan setelah notis diberikan
117

Apabila suatu pihak enggan mengemukakan sesuatu dokumen yang dia telah diberikan notis supaya mengemukakannya, dia tidak boleh kemudiannya menggunakan dokumen itu sebagai keterangan tanpa persetujuan pihak yang satu lagi itu atau tanpa perintah Mahkamah.

MISALAN

A mendakwa B atas suatu perjanjian, dan memberi B notis supaya mengemukakannya. Pada perbicaraan itu A meminta dokumen itu, dan B enggan mengemukakannya. A memberikan keterangan sekunder mengenai kandungannya. B bercadang hendak mengemukakan dokumen itu sendiri untuk menyangkal keterangan sekunder yang diberikan oleh A itu, atau untuk menunjukkan bahawa perjanjian itu tidak bersetem. Dia tidak
boleh berbuat demikian.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.