Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Pengemukaan dan Kesan Keterangan

Bab

4 - Peruntukan Khas Berhubungan Dengan Testimoni Saksi

Seksyen

126

Tajuk

Penafian (ta’n) terhadap saksi
126

Apabila mana-mana pihak kepada sesuatu prosiding mengisytiharkan mana-mana saksi pihak menentang sebagai tidak ‘adil, sama ada sebelum atau selepas pemeriksaan saksi itu di bawah seksyen 121 atau 123 dengan mengemukakan apa-apa keterangan yang boleh mencegah penerimaan keterangannya, Hakim hendaklah menghendaki pihak itu membuktikan fakta itu.

Huraian—Apabila defendan membuktikan bahawa mana-mana saksi tidak ‘adil, Hakim hendaklah menolak keterangan saksi itu tetapi jika defendan tidak dapat membuktikan faktanya Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan saksi itu jika dia belum berbuat demikian atau memberikan keputusannya mengikut keterangan jika dia telah menjalankan pemeriksaan
itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.