Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Pengemukaan dan Kesan Keterangan

Bab

1 - Beban Membuktikan

Seksyen

77

Tajuk

Beban membuktikan bahawa kes orang tertuduh termasuk dalam kecualian Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995
77

Apabila seseorang dituduh atas apa-apa kesalahan, maka beban membuktikan kewujudan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk dalam mana-mana kecualian am yang diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Sel. En. 9/1995] terletak padanya, dan Mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan tersebut sebagai tidak ada.

MISALAN

(a)  A dituduh bersekedudukan dengan B.

Pendakwa mengemukakan keterangan untuk menunjukkan bahawa A telah menceraikan B, isterinya.

A mendakwa bahawa dia dipaksa menceraikan isterinya.

Beban membuktikan bahawa dia dipaksa terletak padanya.

(b)  C dituduh melakukan persetubuhan secara haram dengan D.

C mendakwa bahawa dia telah berkahwin dengan D di negara asing.

Beban membuktikan bahawa perkahwinan itu berlaku terletak pada C.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.