Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Pengemukaan dan Kesan Keterangan

Bab

3 - Pemeriksaan Saksi

Seksyen

90

Tajuk

Mahkamah hendaklah memutuskan tentang kebolehterimaan keterangan
90 [1]

Apabila salah satu pihak bercadang hendak memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta, Mahkamah boleh bertanya pihak yang bercadang hendak memberikan keterangan itu bagaimana fakta yang dikatakan itu, jika dibuktikan, akan menjadi qarinah; dan Mahkamah hendaklah menerima keterangan itu jika difikirkannya bahawa fakta itu, jika dibuktikan, akan menjadi qarinah, dan tidak selainnya.

90 [2]

Jika fakta yang dicadangkan hendak dibuktikan itu ialah suatu fakta yang keterangan mengenainya boleh diterima hanya setelah sesuatu fakta lain dibuktikan, maka fakta yang akhir disebut itu mestilah dibuktikan sebelum keterangan diberikan mengenai fakta yang mula-mula disebut itu, melainkan jika pihak itu mengakujanji untuk membuktikan fakta itu dan Mahkamah berpuas hati dengan akujanji itu.

90 [3]

Jika kerelevanan satu fakta yang dikatakan bergantung kepada terbuktinya suatu fakta lain yang dikatakan terlebih dahulu, maka Mahkamah boleh, menurut budibicaranya, sama ada membenarkan keterangan mengenai fakta yang pertama itu diberikan sebelum fakta yang kedua itu dibuktikan, atau menghendaki supaya keterangan diberikan mengenai fakta yang kedua itu sebelum keterangan diberikan mengenai fakta yang pertama itu.

(a) Adalah dicadangkan untuk membuktikan suatu pernyataan mengenai suatu fakta relevan yang telah dibuat oleh seseorang yang dikatakan telah mati, iaitu pernyataan yang ialah qarinah di bawah seksyen 20.

Fakta bahawa orang itu telah mati mestilah dibuktikan oleh orang yang bercadang hendak membuktikan pernyataan itu sebelum keterangan diberikan mengenai pernyataan itu.

(b) Adalah dicadangkan untuk membuktikan kandungan suatu dokumen yang dikatakan telah hilang dengan mengemukakan suatu salinannya.

Fakta bahawa dokumen asal itu telah hilang mestilah dibuktikan oleh orang yang bercadang hendak mengemukakan salinan itu sebelum salinan itu dikemukakan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.