Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

I - Kerelevanan

Bab

2 - Qarinah

Seksyen

8

Tajuk

Motif, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau yang kemudian
8 [1]

Apa-apa fakta ialah qarinah jika ia menunjukkan atau menjadikan motif atau persediaan bagi mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan.

8 [2]

Kelakuan mana-mana pihak, atau kelakuan mana-mana ejen kepada mana-mana pihak, dalam apa-apa guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan apa-apa fakta persoalan dalamnya atau yang relevan dengannya, dan kelakuan mana-mana orang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara mana-mana prosiding, ialah qarinah jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau kemudian daripadanya.

Huraian 1—Perkataan “kelakuan” dalam seksyen ini tidak termasuk pernyataan melainkan jika pernyataan itu menyertai dan menghuraikan perbuatan selain daripada pernyataan; tetapi huraian ini tidaklah menyentuh kerelevanan penyataan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Enakmen ini.

Huraian 2—Apabila kelakuan mana-mana orang ialah qarinah, apa-apa pernyataan yang dibuat kepadanya atau di hadapan dan dengan didengarinya yang menyentuh kelakuannya ialah qarinah.

MISALAN

(a) Soalnya ialah sama ada apa-apa dokumen tertentu ialah wasiat A.

Fakta bahawa tidak lama sebelum tarikh wasiat yang dikatakan itu, A telah bertanyakan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan peruntukan-peruntukan dalam wasiat
yang dikatakan itu, bahawa dia telah berunding dengan peguam berkenaan dengan pembuatan wasiat itu, dan bahawa dia telah menyebabkan draf wasiat yang lain disediakan yang tidak dipersetujuinya ialah qarinah.

(b) Soalnya ialah sama ada A telah melakukan apa-apa jenayah.

Fakta bahawa A telah melarikan diri selepas menerima sepucuk surat yang memberinya amaran bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mencari penjenayah itu dan kandungan surat itu ialah qarinah.

(c) A dituduh melakukan suatu jenayah

Fakta bahawa sejurus selepas berlakunya jenayah yang dikatakan itu dia melarikan diri, atau telah cuba menyembunyikan benda yang telah atau mungkin telah digunakan dalam melakukan jenayah itu ialah qarinah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.