Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

II - Pembuktian

Bab

2 - Keterangan Lisan

Seksyen

47

Tajuk

Keterangan lisan mestilah secara langsung
47 [1]

Dalam segala hal apa jua pun, keterangan lisan hendaklah diberikan secara langsung, iaitu—

(a) jika ia merujuk kepada fakta yang boleh dilihat, maka ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan dia telah melihat fakta itu;

(b) jika ia merujuk kepada fakta yang boleh didengar, maka ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan dia telah mendengar fakta itu;

(c) jika ia merujuk kepada fakta yang boleh ditanggap melalui apa-apa deria rasa yang lain atau dengan apa-apa cara lain, maka ia mestilah keterangan saksi yang menyatakan dia telah menganggapnya dengan deria rasa itu atau dengan cara itu;

(d) jika ia merujuk kepada pendapat atau alasan yang berasaskannya pendapat itu dipegang, maka ia mestilah keterangan orang yang berpegang pada pendapat itu atau alasan tersebut.

47 [2]

Pendapat pakar yang dinyatakan dalam mana-mana treatis yang biasanya ditawarkan untuk jualan dan alasan yang berasaskannya pendapat itu dipegang bolehlah dibuktikan dengan mengemukakan treatis itu.

47 [3]

Jika keterangan lisan merujuk kepada kewujudan atau keadaan apa-apa benda material, termasuk sesuatu dokumen, maka Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, menghendaki supaya benda material atau dokumen itu dikemukakan untuk pemeriksaannya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.