Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Pengemukaan dan Kesan Keterangan

Bab

3 - Pemeriksaan Saksi

Seksyen

112

Tajuk

Mengingatkan semula
112 [1]

Seseorang saksi boleh semasa di bawah pemeriksaan mengingatkan semula dengan merujuk kepada mana-mana tulisan yang telah dibuat olehnya sendiri pada masa transaksi yang mengenainya dia disoal, atau sejurus sahaja selepasnya hingga difikirkan oleh Mahkamah bahawa transaksi itu masih jelas dalam ingatannya pada masa itu.

112 [2]

Saksi itu boleh juga merujuk kepada mana-mana tulisan yang telah dibuat oleh mana-mana orang lain dan yang telah dibaca oleh saksi itu dalam masa yang disebut terdahulu, jika, apabila dibacanya, dia tahu tulisan itu adalah betul.

112 [3]

Bilamana saksi itu boleh mengingatkan semula dengan merujuk kepada apa-apa dokumen, dia boleh, dengan kebenaran Mahkamah, merujuk kepada salinan dokumen itu:

Dengan syarat bahawa Mahkamah puas hati bahawa ada sebab yang mencukupi mengapa naskah asalnya tidak dikemukakan.

112 [4]

Seseorang pakar boleh mengingatkan semula dengan merujuk kepada treatis profesional.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.