Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Bahagian
III - Pengemukaan dan Kesan Keterangan
Bab
2 - Saksi
Seksyen
83
Tajuk
Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, semua orang Islam adalah kompeten untuk memberikan syahadah atau Bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka adalah ‘aqil, baligh, adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka.
Huraian—Seseorang Islam adalah disifatkan ‘adil jika dia menunaikan obligasi agamanya, melaksanakan kewajipan agama yang ditetapkan, menahan diri daripada melakukan dosa besar dan tidak terus menerus melakukan dosa kecil.
Seorang yang bukan Islam adalah kompeten untuk memberikan Bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima mengikut Hukum Syarak.
Huraian—Bayyinah seorang pakar bukan Islam terhadap seorang Islam boleh diterima, jika dikehendaki.
Seseorang yang tidak ‘adil ialah kompeten untuk memberikan Bayyinah tetapi tidak kompeten memberi syahadah.
Seseorang yang belum baligh atau seseorang yang tak sempurna akal ialah kompeten untuk memberikan Bayyinah tetapi tidak kompeten memberikan syahadah.
Huraian—Bayyinah seorang orang belum dewasa dalam kes kecederaan yang dilakukan oleh beberapa orang-orang belum dewasa ke atas yang lain boleh diterima dengan syarat bahawa antara mereka tidak perselisihan faham dan mereka berada di tempat kejadian itu.
Seseorang yang mempunyai ingatan yang lemah atau yang pelupa atau mengidap hilang ingatan adalah kompeten untuk memberikan Bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.
Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan baiknya dengan dan mempunyai kepentingan dengan pihak menentang adalah kompeten untuk memberikan Bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.
Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan buruknya dengan pihak menentang adalah kompeten untuk memberikan Bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.