Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Bahagian
III - Pengemukaan dan Kesan Keterangan
Bab
3 - Pemeriksaan Saksi
Seksyen
99
Tajuk
Seseorang saksi boleh diperiksa balas tentang pernyataan dahulu yang dibuat olehnya secara bertulis atau yang diubah ke dalam bentuk bertulis, dan yang relevan kepada perkara-perkara yang dipersoalkan dalam guaman atau prosiding yang dalamnya dia diperiksa balas itu, tanpa tulisan itu ditunjukkan kepadanya atau dibuktikan; tetapi jika dimaksudkan untuk menyangkal saksi itu dengan tulisan itu, maka sebelum tulisan itu boleh dibuktikan, perhatian saksi itu mestilah diarahkan kepada mana-mana bahagian tulisan itu yang hendak digunakan bagi maksud menyangkalnya.
Jika seseorang saksi, apabila diperiksa balas tentang pernyataan lisan dahulu yang dibuat olehnya yang relevan kepada perkara yang dipersoalkan dalam guaman atau prosiding yang dalamnya dia diperiksa balas itu dan yang tak konsisten dengan testimoni yang sedang diberinya, tidak mengaku dengan nyata bahawa dia telah membuat penyataan itu, maka bukti bolehlah diberikan yang dia telah sebenarnya membuat pernyataan lisan itu, tetapi sebelum bukti boleh diberikan hal keadaan pernyataan yang dikatakan itu, yang cukup untuk menentukan kejadian tertentu itu, hendaklah disebut kepada saksi itu, dan dia mestilah ditanya sama ada di telah membuat pernyataan itu atau tidak.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.