Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

I - Kerelevanan

Bab

2 - Qarinah

Seksyen

21

Tajuk

Kerelevanan keterangan tertentu bagi membuktikan dalam prosiding terkemudiannya kebenaran fakta yang dinyatakan dalamnya
21

Keterangan yang diberikan oleh seorang saksi dalam suatu prosiding kehakiman, atau di hadapan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengambil keterangan itu, ialah qarinah bagi maksud membuktikan dalam prosiding kehakiman kemudiannya atau pada suatu peringkat yang kemudian dalam prosiding kehakiman yang sama, kebenaran fakta yang dinyatakan olehnya, apabila saksi itu telah mati atau tidak dapat dijumpai atau tak berupaya untuk memberikan keterangan, atau dihalang daripada memberikan keterangan oleh pihak menentang, atau jika kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat Mahkamah tidak munasabah dalam hal keadaan kes itu:

Dengan syarat bahawa—

(a) prosiding itu adalah antara pihak yang sama atau wakilnya dari segi kepentingan;

(b) pihak menentang dalam prosiding yang pertama itu mempunyai hak dan berpeluang untuk memeriksa balas;

(c) masalah yang menjadi persoalan itu pada matannya adalah sama dalam prosiding yang pertama dengan yang kedua.

Huraian—Sesuatu perbicaraan atau siasatan jenayah hendaklah disifatkan sebagai suatu prosiding antara pendakwa dengan tertuduh dalam pengertian seksyen ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.