Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Pengemukaan dan Kesan Keterangan

Bab

2 - Saksi

Seksyen

86

Tajuk

Bilangan saksi
86 [1]

Dakwaan oleh seseorang yang dikenali sebagai kaya bahawa dia telah menjadi papa tidaklah mencukupi untuk membuktikan dakwaannya kecuali jika ia disokong oleh keterangan tiga orang saksi lelaki.

Huraian—Dalam pemungutan zakat, pengakuan seorang kaya bahawa dia telah menjadi papa tidaklah menjadi bukti yang mencukupi melainkan jika ia disokong oleh keterangan tiga orang saksi lelaki.

86 [2]

Dalam hal melihat anak bulan, keterangan seorang lelaki yang ‘adil adalah mencukupi untuk membuktikan fakta itu.

86 [3]

Keterangan seorang lelaki hendaklah menjadi bukti yang mencukupi dalam hal keadaan yang berikut:

(a) keterangan seorang guru dalam hal yang melibatkan murid sekolah;

(b) keterangan pakar dalam menilai barang rosak;

(c) keterangan mengenai penerimaan dan penolakan saksi;

(d) pemberitahuan mengenai pemecatan wakil;

(e) keterangan tentang kecacatan dalam mana barang bagi jualan.

86 [4]

Keterangan seorang perempuan adalah mencukupi untuk membuktikan apa-apa fakta yang biasanya dilihat oleh atau dalam pengetahuan seorang perempuan.

MISALAN

Keterangan seorang perempuan yang menyusukan seorang bayi atau keterangan seorang bidan dalam perkara haidh, kelahiran dan penyusuan.

86 [5]

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, keterangan hendaklah diberikan oleh dua orang saksi lelaki atau oleh seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.