Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Bahagian
II - Pembuktian
Bab
3 - Keterangan Dokumentar
Seksyen
63
Tajuk
Bilamana dikemukakan di hadapan mana-mana Mahkamah mana-mana dokumen yang berupa sebagai suatu rekod atau memorandum mengenai keterangan atau mengenai mana-mana bahagian keterangan yang telah diberikan oleh saksi dalam sesuatu prosiding kehakiman atau di hadapan mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengambil keterangan itu, atau yang berupa sebagai suatu iqrar oleh mana-mana banduan atau orang tertuduh, yang telah diambil mengikut undang-undang dan yang berupa sebagai ditandatangani oleh mana-mana Hakim,
Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Seksyen, atau Majistret atau oleh mana-mana pegawai sedemikian yang disebut terdahulu, maka Mahkamah hendaklah menganggap bahawa—
(a) dokumen itu adalah tulen;
(b) apa-apa pernyataan yang berupa sebagai dibuat oleh orang yang menandatanganinya tentang hal keadaan yang dalamnya ia diambil, adalah benar; dan
(c) keterangan, pernyataan atau iqrar itu telah diambil dengan sewajarnya.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.