Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

231) PAPAN IKLAN BILLBOARD

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pendapatan papan iklan billboard yang telah diperolehi oleh setiap PBT selepas garis panduan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri semenjak tahun 2008 sehingga 2010?

  2. Adakah jumlah pendapatan ini satu peningkatan berbanding dengan tiga tahun sebelum tahun 2008? Jika ya, berapakah kadar peningkatan?

232) KUIL-KUIL HINDU

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kuil-kuil Hindu di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah kuil-kuil Hindu yang tidak memiliki hakmilik tanah mereka sendiri?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan hakmilik tanah bagi kesemua kuil-kuil Hindu tersebut dapat dikeluarkan?

    Klik jawapan »

233) TIMBUNAN DEPOSIT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan jumlah sebenar timbunan deposit yang gagal dituntut oleh pembayar pada tahun 2008 hingga 2009 mengikut pecahan setiap PTD ?

  2. Sila nyatakan apakah punca sebenar yang menyebabkan deposit-deposit sedemikian tidak dituntut oleh para pembayar?

  3. Sila nyatakan apakah tindakan susulan yang bakal dilakukan oleh PTD sekiranya timbunan deposit masih tidak dituntut dan ke manakah wang tersebut akan disalurkan ?

234) HUTAN SIMPANAN KUALA LANGAT SELATAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Hutan simpanan di Kuala Langat Simpanan telah diterokai secara berleluasa. Akan tetapi, pihak berkuasa gagal mengambil sebarang tindakan terhadap peneroka-peneroka haram ini. Apakah pandangan Kerajaan Negeri terhadap perkara ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menghenti dan mengelak penerokaan hutan simpanan secara haram terus berlaku?

    Klik jawapan »

235) LOJI PEMPROSESAN PADI BENIH SUNGAI BURONG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan dengan jelas apakah objektif utama dan peranan yang dimainkan oleh Loji Pemprosesan Padi Benih tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan apakah alasan utama yang menyebabkan Loji tersebut ditamatkan operasinya dan apakah kesan jangka masa pendek dan masa panjang terhadap para petani ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan jumlah sebenar kos pembinaan loji tersebut dan bilakah ia mula beroperasi ?

    Klik jawapan »

236) BURUNG WALIT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah dan panduan yang akan digunakan bagi mengatasi masalah-masalah pengusahaan burung walit?

    Klik jawapan »

  2. Di seluruh Negeri Selangor, berapakah pengusaha burung walit yang berdaftar? Sila senaraikan lokasi-lokasi mereka?

    Klik jawapan »