Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

236) BURUNG WALIT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah dan panduan yang akan digunakan bagi mengatasi masalah-masalah pengusahaan burung walit?

    Memandangkan sebelum ini pihak Kerajaan Negeri belum menerima sebarang
    maklum balas daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia yang masih
    merangka Garis Panduan Perusahaan Burung Walet, Kerajaan Negeri telah pun
    mengambil inisiatif mewujudkan Undang-Undang Kecil yang berkaitan dengan
    pelesenan burung walet sahaja di peringkat negeri dan juga mewujudkan peraturan
    serta prosedur yang akan diguna pakai oleh setiap jabatan yang terlibat dalam
    pengurusan pemutihan, pembangunan mahupun pelesenan perusahaan burung
    walet melalui perbincangan bersama beberapa jabatan teknikal negeri.
    Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walit telah dikeluarkan oleh Jabatan
    Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan
    perbandingan dan penyemakan semula garis panduan berkenaan agar selari dengan
    UUK dan prosedur Burung Walet yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri.

  2. Di seluruh Negeri Selangor, berapakah pengusaha burung walit yang berdaftar? Sila senaraikan lokasi-lokasi mereka?

    Senarai pengusaha burung walet yang berdaftar berserta lokasi mengikut kawasan
    Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor adalah seperti di Lampiran A1 sehingga
    Lampiran A12.

Lampiran

Tiada Lampiran.