Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

235) LOJI PEMPROSESAN PADI BENIH SUNGAI BURONG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan dengan jelas apakah objektif utama dan peranan yang dimainkan oleh Loji Pemprosesan Padi Benih tersebut ?

    Objektif utama pembinaan loji pemprosesan benih padi adalah untuk meningkatkan
    produktiviti tanaman padi dengan mengambil kira benih sebagai input asas penting
    dan penggunaan benih berkualiti daripada varieti superior adalah satu prasyarat
    asas. Pembinaan loji ini dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 8,000 metrik tan
    setahun bagi meningkatkan pengeluaran program pengeluaran benih padi sah
    negara kepada 24,000 metrik tan setahun yang merupakan 30% keperluan benih
    padi.

  2. Sila kemukakan apakah alasan utama yang menyebabkan Loji tersebut ditamatkan operasinya dan apakah kesan jangka masa pendek dan masa panjang terhadap para petani ?

    Operasi loji pemprosesan benih ini tidak pernah ditamatkan dan loji ini masih
    memainkan peranannya sebagai pengeluar benih padi sah. Pengurusan loji tersebut
    hanya ditukar selaras dengan penstrukturan semula peranan agensi dan pihak
    swasta dalam pengeluaran benih padi sah untuk memastikan semua pesawah
    memperolehi sumber benih padi sah keseluruhannya menjelang 2010. Dengan pelan
    penstrukturan semula seluruh negara ini sebanyak 85,000 metrik tan benih padi sah
    akan dikeluarkan setahun untuk semua pesawah.

  3. Sila nyatakan jumlah sebenar kos pembinaan loji tersebut dan bilakah ia mula beroperasi ?

    Pembinaan loji bermula pada 1996 dan siap pembinaan pada Mei 1998 dengan kos
    RM 8.4 juta. Loji tersebut mula beroperasi pada Julai 1998

Lampiran

Tiada Lampiran.