268) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP TEKNOLOGI HIJAU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah core business Standco ini?
-
Gariskan KPI Standco ini bagi tahun 2013 dan 2014?
-
Senaraikan KPI yang gagal memenuhi sasarannya dan nyatakan apakah tiga sebab utama kegagalan tersebut?
268) DANA TABUNG AMANAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah tujuan dan fungsi tabung amanah diwujudkan?
-
Berapakah jumlah dana dan peruntukan yang diterima setiap tahun?
-
Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan dana dan pengangihan?
268) KEKERAPAN PEMBERSIHAN SUNGAI KG. KAYU ARA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Banjir kini kerap berlaku di kawasan Kg. Chempaka dan lain-lain berkemungkinan akibat air yang melimpah keluar dari sungai. Apakah kekerapan jadual pembersihan sungai terutamanya di sungai Kg. Kayu Ara?
268) KOMPLEKS BELIA DAN KEBUDAYAAN SELANGOR (KBKS)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan secara terperinci penyewa dan kadar sewaan di KBKS dari 2008 hingga 2014?
-
Berapakah jumlah kos penyelenggaraan KBKS dari 2008 hingga 2014 mengikut tahun?
-
Senaraikan kontraktor yang pernah terlibat dengan penyelenggaraan kompleks ini?
268) PENGAMBILAN TANAH BAGI SURAU AL-TAQWANIAH, KG. PAYA JARAS HULU, MUKIM SUNGAI BULOH. TANAH TERSEBUT DIKENALI SEBAGAI HAKMILIK HS(M) 1257 PT 815, KAMPUNG BAHARU SUNGAI BULOH, MUKIM SUNGAI BULOH , DAERAH PETALING
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Mengapakah ada alasan, kesilapan pengurusan mengukur dan mengenalpasti tanah?
-
Apakah jawapan kepada adun sebagai jaminan penyelesaian isu ini sebelum Ogos 2017?
268) SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAM
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah Kerajaan Selangor kaji dan bertindak untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di DUN Teratai?
268) PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI HULU SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek perumahan terbengkalai di Hulu Selangor yang sedang dan akan dipulihkan semula dengan butir-butir seperti pemaju penyelamat, keluasan pemulihan, jumlah pembeli sedia ada dan sebagainya
-
Apakah keputusan Mahkamah terhadap projek perumahan terbengkalai di Lembah Beringin?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap kemudahan awam seperti jalan utama, longkang dan lampu jalan di Lembah Beringin memandangkan penduduk semakin bertambah selepas SYABAS mengambilalih bekalan air di kawasan tersebut.
268) PROGRAM PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan negeri ke atas kilang-kilang haram yang masih beroperasi walaupun telah dikenakan kompaun dan arahan penutupan?
-
Nyatakan kawasan-kawasan yang masih ada operasi kilang-kilang haram?
268) STATUS BENGKEL MOTOSIKAL SOON MOTOR PART ENTERPRISE DI SIMPANG LAMPU ISYARAT PEKAN MERU
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Adakah bengkel motorsikal ini mendapat kelulusan CF untuk dibina di jalan susur tepi deretan bangunan kedai di simpang lampu isyarat Pekan Meru?
-
Adakah polisi MPK membenarkan penambahan bangunan kedai di bina di atas jalan susur sehinga menutup terus jalan tersebut?
268) TANAH PERTANIAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Bolehkah Kerajaan Negeri bercadang memberi tanah pertanian satu hektar seorang kaum miskin untuk 200 keluarga miskin di kawasan Bukit Melawati ?