Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

268) PENGAMBILAN TANAH BAGI SURAU AL-TAQWANIAH, KG. PAYA JARAS HULU, MUKIM SUNGAI BULOH. TANAH TERSEBUT DIKENALI SEBAGAI HAKMILIK HS(M) 1257 PT 815, KAMPUNG BAHARU SUNGAI BULOH, MUKIM SUNGAI BULOH , DAERAH PETALING

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah ada alasan, kesilapan pengurusan mengukur dan mengenalpasti tanah?

    Tiada sebarang kesilapan mengukur dan mengenal pasti tanah dalam permohonan pengambilan tanah bagi Surau Al-Taqwaniah, Kg. Paya Jaras Hulu, Mukim Sungai Buloh.

  2. Apakah jawapan kepada adun sebagai jaminan penyelesaian isu ini sebelum Ogos 2017?

    Proses pengambilan tanah akan mengambil masa 12 bulan dari tarikh permohonan tetapi terdapat isu peruntukan pampasan daripada pihak Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) dan UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor) berkenaan proses pengambilan ini sehingga perkara ini berlanjutan daripada tahun 2012. Walau bagaimanapun, perbincangan telah dilakukan di antara pihak Pejabat Tanah Daerah Petaling, Jais dan Upen dan perkara ini akan diselesaikan dalam masa yang terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.