Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

268) PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI HULU SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek perumahan terbengkalai di Hulu Selangor yang sedang dan akan dipulihkan semula dengan butir-butir seperti pemaju penyelamat, keluasan pemulihan, jumlah pembeli sedia ada dan sebagainya

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah projek perumahan terbengkalai di bawah pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor sehingga 30 Jun 2015 adalah sebanyak 4 projek yang melibatkan 751 unit seperti berikut :

    BIL. NAMA PROJEK NAMA PEMAJU ASAL

     

    PEMBELI LUAS STATUS
    1 Projek Perumahan Bandar Baru Serendah, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor Tetuan Manco Sdn. Bhd. 49 Unit 18 Ekar Worldwide Holding Berhad dalam perancangan pemulihan
    2 Projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa Di Lot 1783, Jalan Ampang Pechah, Mukim Rasa, Daerah Hulu Selangor Tetuan Litar Jaya Sdn. Bhd.  (Digulung) 109 Unit 76 Ekar  

    Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam perancangan pemulihan

    3 Projek Pembesaran Kampung Koskan, Jalan Sungai Buaya, Sungai Choh, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor Tetuan Ehsanibu Sdn. Bhd. 43 Unit 9.566 Ekar Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam perancangan pemulihan
    4 Projek Pembesaran Kampung Mukim Serendah (Serendah Perdana), Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor

     

    Tetuan Kamsu Sdn. Bhd. 550 Unit 120 Ekar Kamsu Sdn. Bhd. (pemaju asal) dalam perancangan pemulihan semula
  2. Apakah keputusan Mahkamah terhadap projek perumahan terbengkalai di Lembah Beringin?

    Ferrier Hodgson MH Sdn. Bhd. sebagai pelikuidasi telah melantik Legenda Beringin Sdn. Bhd. (LBSB) sebagai pemaju penyelamat melalui proses tender diadakan namun terdapat pembida lain telah membawa kes ini ke Mahkamah berhubung isu pelantikan pemaju penyelamat berkenaan. Susulan itu, Mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan pada 30 Mac 2015 dan perbicaraan semula diadakan pada 12 Oktober 2015. Dengan ini, usaha pemulihan projek terbengkalai di Lembah Beringin masih tertangguh sehingga keputusan Mahkamah diperolehi.

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap kemudahan awam seperti jalan utama, longkang dan lampu jalan di Lembah Beringin memandangkan penduduk semakin bertambah selepas SYABAS mengambilalih bekalan air di kawasan tersebut.

    Keadaan jalan dan parit di rizab jalan MDHS secara amnya berkeadaan baik kerana diselenggara setiap tahun di bawah peruntukan MARRIS termasuklah lampu jalan di kawasan perumahan yang juga dalam kontrak selenggaraan MDHS secara tahunan bagi zon utara. Walau bagaimanapun, status jalan utama di sebahagian kawasan yang masih belum diserah alih kurang memuaskan kerana beberapa kemudahan infrastruktur tidak disempurnakan dengan sepenuhnya seperti jalan 4 lorong, parit tepi jalan, lampu jalan dan sebagainya. MDHS akan mensyaratkan kepada mana-mana pemaju baru yang berminat untuk memajukan kawasan yang belum dibangunkan bagi menyiapkan rizab jalan mengikut perancangan asal.

Lampiran

Tiada Lampiran.