217) RIZAB SUNGAI SEBAGAI TEMPAT RIADAH DAN REKREASI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan bersetuju supaya rezab tanah sungai sedia ada di bangunkan oleh NGO sebagai tempat beriadah, rekreasi dan pelancongan tempatan?
217) PROGRAM BANTUAN REMAJA DALAM MENGURANGKAN KEMISKINAN PENDUDUK
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai golongan remaja lepasan sekolah yang dapat di bantu dalam bidang pendidikan lanjutan dalam program mengurangkan kemiskinan penduduk ladang. Adakah anak-anak di tanah rancangan seperti FELDA juga mendapat peluang yang sama.
-
Berapakah peruntukan yang telah di belanjakan dan apakah institusi yang terlibat untuk tujuan tersebut
217) TANAH TERBIAR DI STADIUM SABAK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Tanah terbiar di Stadium Sabak. Mohon penjelasan dari YAB: i. Apakah usaha dan perancangan bagi membangunkan tanah tersebut untuk kegiatan sukan? ii. Bilakah usaha pembangunan itu akan dimulakan?
218) NAMA-NAMA JALAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah nama-nama jalan dan jalan raya di seluruh Negeri Selangor yang menggunakan nama-nama tokoh politik dan siapakah tokoh-tokoh politik tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menamakan lebih banyak lagi jalan-jalan dan jalan raya menggunakan nama tokoh-tokoh politik pada masa hadapan dan siapakah yang menjadi pilihan?
-
Apakah kriteria-kriteria yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Selangor di dalam pemilihan nama-nama tokoh politik yang bakal diabadikan sebagai nama-nama jalan dan jalan raya di dalam Negeri Selangor ini kelak?
218) KEBERSIHAN GERAI PENJAJA MAKANAN DI DUN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah gred kebersihan gerai dan persekitaran terutama gerai kelompok MPK di Jalan Kenangan, di Pekan Meru dan sekitarnya telah dilaksanakan?
-
Berapa kekerapan pemeriksaan kebersihan gerai dilaksanakan?
-
Adakah gred kebersihan juga melibatkan gerai-gerai persendirian?
218) KUMPULAN DARUL EHSAN (KDEB)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kontraktor yang melapor kepada KDEB?
-
Apakah pecahan kontraktor mengikut DUN?
-
Adakah cadangan untuk melantik semua kerja pembersihan di PBT pindah ke KDEB?
218) PENIAGA WARGA ASING DI PASAR MALAM SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah warga asing yang berniaga di pasar malam?
-
Berapakah jumlah operasi pada tahun 2024 bagi membanteras warga asing yang berniaga di pasar malam?
218) PENGECUALIAN BAYARAN LESEN PENIAGA KECIL DAN CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Huraikan kerugian bagi setiap PBT apabila perkara ini dilaksanakan.
-
Nyatakan apakah langkah yang diambil bagi menampung kerugian tersebut
218) SEKTOR SMALL & MEDIUM ENTERPRISE (SME)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan dalam membantu SME?
-
Berapakah syarikat SME yang ada di negeri Selangor?
-
Apakah masalah yang dihadapi oleh SME?
218) MAJLIS ANTI PEMERDAGANGAN MANUSIA SELANGOR – MAPMAS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah status MAPMAS dan siapakah yang menganggotai Ahli Majlis untuk sesi 2015 ini?
-
Berapakah jumlah kewangan yang diperuntukkan untuk tahun 2015 ini?
-
Apakah penambahbaikan yang dilakukan memandangkan Selangor dilaporkan merupakan salah satu pintu masuk kepada kegiatan ini?