Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

217) PROGRAM BANTUAN REMAJA DALAM MENGURANGKAN KEMISKINAN PENDUDUK

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramai golongan remaja lepasan sekolah yang dapat di bantu dalam bidang pendidikan lanjutan dalam program mengurangkan kemiskinan penduduk ladang. Adakah anak-anak di tanah rancangan seperti FELDA juga mendapat peluang yang sama.

    Pada tahun 2010, seramai 157 orang pelajar dari keluarga yang bekerja di ladang-ladang Selangor telah ditaja oleh Kerajaan Negeri untuk menjalani program kemahiran teknikal di Inpens Selangor. Bagi anak-anak yang tinggal di tanah rancangan FELDA, mereka masih dikategori sebagai keluarga yang tinggal di ladang dan sehubungan itu, Kerajaan Negeri masih boleh menaja mereka untuk menjalani program kemahiran teknikal di Inpens Selangor.

  2. Berapakah peruntukan yang telah di belanjakan dan apakah institusi yang terlibat untuk tujuan tersebut

    Berikut adalah pecahan perbelanjaan bagi tajaan pelajar ke Inpens dan bantuan yuran pengajian di institusi pengajian tinggi:

    Bil Perkara Jumlah Perbelanjaan
    1. Bantuan yuran pengajian Nimalan a/l Arumugam – UNISEL RM 5,440
    2. Bantuan Pengajian Jerita A/P Gopalam – Intelect ED Sdn Bhd RM 5,000
    3. Bantuan Pengajian Gukan A/l Baskaran – UNISEL RM 8,585
    4. Bantuan Pengajian Desalini a/p Nagapan – Universiti Malaysia Kelantan RM 1,700
    5. Bantuan Pengajian Hari Prasad a/l Govinda – Universiti Malaysia Sabah RM 2,712
    6. INPENS International College – Program Kemahiran Teknikal ( 79 students) RM 510,250
    7. Bantuan Yuran Pengajian SUbramaniam a/l Chetty – UNITAR RM 1,925
    8. Bantuan Yuran Pengajian Sivakumuar – Sime Darby Industrial Academy RM 1,460
    9. Bantuan Yuran Pengajian Thinesh Raj – JCM Consultants RM 2,500
    10. INPENS Selangor – Bayaran Tajaan Pelajar Anak Pekerja Ladang ( 78 orang) RM 252,450
      JUMLAH RM 792,022

Lampiran

Tiada Lampiran.