Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

218) SEKTOR SMALL & MEDIUM ENTERPRISE (SME)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan dalam membantu SME?

    Antara usaha – usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu SME adalah seperti berikut:-

    1. Mengadakan program business matching antara SME tempatan dengan luar negara.
    2. Mengadakan sesi dialog bagi mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh syarikat – syarikat SME dan membantu bagai menyelesaikan permasalahan yang dihadapi
    3. mengadakan pertemuan antara Kerajaan Negeri, syarikat – syarikat SME dan Dewan – Dewan Perniagaan bagi mendapatkan maklumat dan cadangan – cadangan bagaimana untuk membangunkan usahawan – usahawan SME di Selangor.
    4. Menganjurkan program – program meningkatkan kefahaman syarikat – syarikat SME dalam bidang import dan eksport.
  2. Berapakah syarikat SME yang ada di negeri Selangor?

    Daripada rekod SMIDEC sebanyak 1,793 syarikat SME yang beroperasi di Negeri Selangor.

  3. Apakah masalah yang dihadapi oleh SME?

    Antara masalah – masalah yang sering dihadapi oleh SME di negeri Selangor adalah seperti berikut

    1. Masalah pemasaran
    2. Masalah bantuan kewangan dan pembiayaan perniagaan
    3. Masalah kekurangan pekerja tempatan

Lampiran

Tiada Lampiran.