Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

251) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan sehingga bulan Jun tahun 2012, bagaimanakah kedudukan kewangan dan aset tetap PKNS ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah pihak PKNS mempunyai perancangan menjual aset-aset bernilai untuk mendapatkan keuntungan termasuk Kompleks PKNS Shah Alam ? sila kemukan butir-butir sekiranya benar ?

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan aset milik PKNS yang tidak mendatangkan keuntungan malah sebaliknya merugikan PKNS di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?

    Klik jawapan »

252) PETALING JAYA ELEVATED CITY

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terbaru projek pembangunan sebuah asrama pekerja yang boleh menampung sehingga 10,000 orang pekerja di Seksyen SS8, Petaling Jaya di bawah projek Petaling Jaya Elevated City yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)?

    Klik jawapan »

  2. Difahamkan tapak bengkel milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turut terlibat dalam program pembangunan ini. Apakah status terkini perbincangan di antara MBPJ dengan PKNS?

    Klik jawapan »

253) SKIM PEMILIKAN KEDIAMAN PERSENDIRIAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah permohonan melanjutkan tempoh pajakan tanah yang telah diterima oleh Pejabat Tanah Daerah Petaling sejak Kerajaan Negeri memperkenalkan 'Skim Pemilikan Kediaman Persendirian'?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah daripada permohonan (a) di atas telah menerima kelulusan Kerajaan Negeri, pembayaran telah dibuat dan geran baru telah dikeluarkan? Berikan butir-butir.

    Klik jawapan »

  3. Apakah tempoh masa atau 'KPI' yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memproses satu permohonan di bawah Skim ini?

    Klik jawapan »

254) BANGUNAN INSTITUSI AGAMA BUKAN ISLAM

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah bangunan institusi keagamaan bukan Islam tanpa kelulusan kerajaan di setiap PBT sebelum 2008 dan pada dis 2011?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kriteria pertimbangan dalam pemberian sumbangan pembangunan institusi tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pecahan jumlah sumbangan yang diberi kepada institusi-institusi tersebut? senaraikan jumlah mengikut daerah dan agama?

    Klik jawapan »

255) JALAN REKO KE BANGI DENGAN PEMASANGAN TIANG LAMPU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Pemasangan 70 tiang lampu telah dijalankan dari UKM ke Pekan Bangi. Bilakah sumber elektrik akan mula dibekalkan kepada tiang lampu tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah jalan antara Jalan Reko ke UKM akan dibesarluaskan?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan menaik taraf Jalan Reko ke Pekan Bangi termasuk kos tiang lampu?

    Klik jawapan »

256) PROGRAM PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR DI PETALING JAYA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan telah bercadang untuk memulakan program pembangunan semula bandar di Seksyen 8, Seksyen 5, Seksyen 51, Seksyen 51A dan Seksyen 52. Sila berikan satu sinopsis ringkas tentang maklumat terkini tentang program pembangunan semula bandar di setiap kawasan di Petaling Jaya ini.

    Klik jawapan »

  2. Apakah peranan yang dimainkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam program pembangunan semula bandar ini?

    Klik jawapan »

257) KEDUDUKAN RIZAB PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila kemukakan butiran terperinci kesemua rizab PBT Negeri Selangor sejak 2007 hingga 2011 secara perbandingan ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi oleh PBT khususnya dalam usaha menambah jumlah hasil kutipan tahunan dan seterusnya memperkukuhkan rizab ?

    Klik jawapan »

  3. Sila huraikan apakah langkah-langkah proaktif yang diimplimentasikan oleh PBT untuk memastikan rizab setiap PBT terus stabil dan bertambah ?

    Klik jawapan »

258) BANTUAN SOSIAL DAN KEBAJIKAN OLEH PKNS

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah bantuan-bantuan sosial dan kebajikan yang telah diberikan oleh PKNS kepada rakyat Negeri Selangor dan berapakah jumlahnya?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah penerima-penerima bantuan tersebut mengikut komposisi kaum?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PKNS untuk membantu mengatasi masalah golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

259) BANJIR KILAT DAN PERMASALAHANNYA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan statistik terkini kawasan-kawasan yang selalu dilanda banjir kilat di Negeri Selangor juga di kawasan Pelabuhan Klang.

    Klik jawapan »

  2. Selain sistem perparitan yang tidak diselia dengan baik? Apakah mekanisma lain?

    Klik jawapan »

260) KONTROVERSI LORI SAMPAH DAN BAS MEWAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali

Kategori: Mulut


  1. Kontroversi lori sampah dan bas mewah melibatkan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor. Siasatan yang dibuat mendapati bas dan trak yang diterima adalah sebagai balasan pembelian 50 lori pemampat. Manakala kerja pengubahsuaian pula dikatakan sebagai balasan pemasangan lori terbabit di sebuah kilang di Rawang. Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa bas mewah dan trak tersebut diterima sebagai balasan pembelian 50 lori pemampat?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah sebenarnya pemilik berdaftar bagi bas mewah tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Pihak manakah yang mengeluarkan wang untuk membeli bas mewah tersebut?

    Klik jawapan »