Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

252) PETALING JAYA ELEVATED CITY

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terbaru projek pembangunan sebuah asrama pekerja yang boleh menampung sehingga 10,000 orang pekerja di Seksyen SS8, Petaling Jaya di bawah projek Petaling Jaya Elevated City yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bil 33/2012 yang diadakan 11 September 2012 telah memberi kelulusan tanah berkenaan kepada pihak PKNS dan Pelan Cadangan Pembangunan Projek sedang diproses oleh MBPJ. Adalah dijangkakan kerja-kerja pembangunan Petaling Jaya Elevated City dimulakan pada Januari 2013 di mana fasa pertama melibatkan pembinaan bangunan sementara bagi menempatkan Bengkel Majlis dan kerja-kerja pembinaan di bangunan asrama akan dimulakan pada Jun

  2. Difahamkan tapak bengkel milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turut terlibat dalam program pembangunan ini. Apakah status terkini perbincangan di antara MBPJ dengan PKNS?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bil 33/2012 yang diadakan 11 September 2012 telah memberi kelulusan tanah berkenaan kepada pihak PKNS dan Pelan Cadangan Pembangunan Projek sedang diproses oleh MBPJ. Adalah dijangkakan kerja-kerja pembangunan Petaling Jaya Elevated City dimulakan pada Januari 2013 di mana fasa pertama melibatkan pembinaan bangunan sementara bagi menempatkan Bengkel Majlis dan kerja-kerja pembinaan di bangunan asrama akan dimulakan pada Jun

Lampiran

Tiada Lampiran.