305) FENOMENA AIR PASANG BESAR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi membaikpulih benteng- benteng yang terjejas?
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana?
305) PEMBINAAN LEBUHRAYA MEX 2
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha kerajaan negeri kepada kerajaan pusat berkenaan pembinaan Lebuhraya MEX 2 yang masih tergendala setelah sekian lama dan merencatkan pemandangan dan pencemaran dari Cyberjaya sehingga ke Dengkil?
305) PROJEK KEBUN KERANG
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah keluasan kebun kerang dan bilangan peserta mengikut pecahan kaum dan daerah?
-
Sila perjelaskan apakah pencapaian para peserta dalam konteks meningkatkan pendapatan mereka?
-
Sila nyatakan apakah bentuk insentif dan bantuan yang telah disalurkan untuk membantu para peserta sejak projek tersebut dilancarkan?
305) KENDERAAN ELEKTRIK (EV)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah persiapan kerajaan untuk turut memperolehi limpahan ekonomi daripada industri EV yang semakin berkembang di ekonomi sedunia?
305) TINDAKAN MEMPERBAIKI ATAU MENAMBAHBAIK RUMAH PANGSA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan boleh mengambil tindakan memperbaiki atau menambahbaik keadaan rumah pangsa kelompok Camar di DUN Selat Klang dimana keadaan rumah tersebut amat daif dan teruk untuk didiami oleh penduduk?
306) SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik penerima Skim Air Darul Ehsan (SADE) di seluruh Selangor?
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk Skim Air Darul Ehsan (SADE) ini dari mula sehingga kini?
306) KUBUR BERSEPADU
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan kubur-kubur bersepadu di Negeri Selangor?
-
Apakah bilangan kapasiti kubur, mengikut lokasi atau tapak kubur bukan Islam di Negeri Selangor pada masa ini?
-
Apakah peruntukan kewangan sedia ada untuk pembinaan kubur baru?
306) PERANCANGAN PENYEDIAAN PERUMAHAN DI PULAU INDAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berdasarkan pelaksanaan projek pembesaran Westport 2 yang dijangka membuka peluang pekerjaan kepada lebih 6,000 orang, apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memastikan penyediaan perumahan yang mencukupi dan mampu milik di Pulau Indah untuk menampung pertambahan penduduk yang bakal berlaku?
306) BANTUAN KEPADA PESAKIT DIALISIS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah Panel Dialisis Sihat Selangor yang telah dilantik mengikut daerah.
-
Nyatakan bantuan lain daripada Kerajaan Negeri kepada pesakit dialisis selain daripada melalui Panel Dialisis Sihat Selangor memandangkan terdapat kawasan DUN yang tidak mempunyai pusat dialisis swasta.
306) TAPAK SAMPAH HARAM DI KAMPUNG SUNGAI SERDANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Mengapakah isu tapak pelupusan sampah haram wujud sekian lama tanpa tindakan berkesan di Kampung Sungai Serdang?
-
Siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan sampah haram yang telah menggunung dibersihkan?
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dari Mei 2023 hingga sekarang?