Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

305) TINDAKAN MEMPERBAIKI ATAU MENAMBAHBAIK RUMAH PANGSA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan boleh mengambil tindakan memperbaiki atau menambahbaik keadaan rumah pangsa kelompok Camar di DUN Selat Klang dimana keadaan rumah tersebut amat daif dan teruk untuk didiami oleh penduduk?

    Pangsapuri Kelompok Camar mempunyai 11 blok dan mengandungi 11 MC dan belum lagi wujud Badan Pengurusan Bersama (JMB). Satu blok mengandungi 60 unit dan jumlah keseluruhan adalah 660 unit Yuran Bil Penyelenggaraan (MC) bagi satu unit adalah RM 30.00 sebulan dan tunggakan bil MC di kawasan tersebut berjumlah RM1,156,632.46

     

    Untuk makluman yuran penyelenggaraan ini hanya digunakan bagi kawasan gunasama sahaja dan jika kerosakan di dalam unit adalah dibawah tanggungjawab pemilik unit tersebut

     

    Pihak PKNS juga sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan dikawasan tersebut (kawasan awam / guna sama) iaitu :

     

    • Kerja-kerja pembaikan kak lima (apron) bagi blok B, C, E, H, I dan K, serta kerja pembaikan longkang dan ‘inspection chamber’ yang melibatkan blok A, B, C, D, E, H, I dan K  dengan peruntukan bernilai RM242,140.00. Kerja-kerja bermula pada 1 November 2023 dan dijangka siap pada 24 Januari 2024.

     

    • Kerja-kerja pembaikan bumbung, siling dan kekuda yang melibatkan blok D, F, H, I dan J dengan jumlah unit rumah adalah 46 unit. Kos pembaikan kerja ini adalah RM299,300.00. Kerja-kerja bermula pada 1 November 2023 dan dijangka siap pada 24 Januari 2024.

     

    Untuk kerosakan di dalam unit yang tidak melibatkan kawasan gunasama            adalah dibawah tindakan pembaikan pemilik unit.

     

    PKNS berharap dengan kerja-kerja pembaikan yang dilakukan sebelum ini          penduduk dapat memberi kerjasama untuk menjayakan penubuhan Badan       Pengurusan Bersama (JMB) dan juga menubuhkan Perbadanan Pengurusan           (PP) sekiranya korum telah cukup 25% (telah pindah milik) bagi 1 blok MC.

Lampiran

Tiada Lampiran.