285) PENJUALAN ASET ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Senaraikan semua aset-aset milik anak syarikat Kerajaan Negeri yang telah dijual sehingga Julai 2016?
-
Nyatakan lokasi, harga dan kaedah jualan aset-aset tersebut?
285) PROJEK PERPUSTAKAAN TAMAN SRI MEDAN, SIJANGKANG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembangunan projek perpustakaan desa ini?
285) TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN, CUKAI TANAH DAN PREMIUM TANAH OLEH SYARIKAT-SYARIKAT GLC
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tunggakan cukai taksiran, cukai tanah dan premium tanah oleh syarikat-syarikat GLC seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di setiap PBT dan daerah.
285) MASALAH PERPARITAN DI KAMPUNG SUNGAI BUAH LUAR, DENGKIL
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Adakan pihak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah maklum mengenai ketiadaan sistem perparitan yang sempurna di kawasan ini?
-
Bolehkan pihak Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk menyelesaikan permasalahan ini memandangkan lot perumahan dikawasan tersebut telah banyak dibangunkan?
285) BANTUAN COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis bantuan kewangan, jika ada yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat Selangor yang terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19?
-
Berapakah jumlah bantuan tersebut dan bilangan rakyat Negeri Selangor yang dapat menikmatinya?
285) KEBAJIKAN ANGGOTA-ANGGOTA BERUNIFORM YANG BERKHIDMAT DI DALAM SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Terdapat anggota-anggota beruniform seperti pihak bomba dan polis yang berkhidmat di Selangor bukan warga Selangor dan pengundi Selangor. Adakah Kerajaan Selangor akan menimbangkan satu mekanisma supaya mereka juga boleh menikmati kebajikan daripada Selangor kerana mereka berkhidmat kepada warga Selangor?
285) KES MAHKAMAH SYARIAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah bilangan kes tertangguh sehingga kini?
-
Apakah punca kes tersebut tertangguh dan cara mengatasi?
285) MEDAN IKAN BAKAR PANTAI JERAM
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Siapakah yang mengawal kewujudan gerai-gerai ikan bakar di sekitar Pantai Jeram?
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan mengenakan cukai kepada peniaga-peniaga ini?
-
Adakah kerajaan negeri menyediakan kemudahan kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan?
285) PRESTASI PENJUALAN OLEH PKNS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi penjualan oleh PKNS bagi tahun 2024 dan apakah pencapaian dari segi penjualan rumah mampu milik termasuk RSKU dan rumah kediaman jenis-jenis lain dan juga bangunan perniagaan dan pejabat. Berikan perincian dari segi jumlah dan nilai bagi setiap jenis di atas.
285) LAWATAN KERAJAAN NEGERI KE LUAR NEGARA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri menggalakkan delegasi mewakili Kerajaan Negeri melawat ke luar negara?
-
Nyatakan jumlah kos yang dibelanjakan bagi tahun 2018 - tahun 2019 untuk urusan menarik pelaburan ke Negeri Selangor?
-
Nyatakan jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk hasil lawatan tersebut?