Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

285) KES MAHKAMAH SYARIAH

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah bilangan kes tertangguh sehingga kini?

    Berdasarkan rekod Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), kes permohonan perceraian yang didaftarkan dari tahun 2010 sehingga tahun 2015 dan masih lagi di peringkat prosiding di Mahkamah adalah berjumlah 330 kes. Ia dipecahkan kepada lima jenis perceraian, iaitu:

     

    Jenis Kes Perceraian/tahun

     

    2010

     

    2011

     

    2012

     

    2013

     

    2014

     

    2015

    Kes yang masih dalam prosiding
    014 – Tuntutan Fasakh 1 4 1 13 124 143
    054 – Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai 1 1 64 66
    055 – Tuntutan Perceraian 1 1 99 101
    056 – Tuntutan Khuluk/Tebus Talaq 1 1
    057 – Permohonan Pengesahan Cerai Taklik 1 1 17 19
    Kes yang masih dalam prosiding 2 0 4 3 16 305 330

     

  2. Apakah punca kes tersebut tertangguh dan cara mengatasi?

    Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya penangguhan kes di Mahkamah Syariah di Negeri Selangor dan ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu pihak-pihak, Peguam Syarie dan juga pihak

     

    Penangguhan kes oleh pihak-pihak biasanya adalah disebabkan oleh pihak-pihak itu sendiri tidak hadir ke mahkamah tanpa sebarang alasan, saksi pihak-pihak tidak hadir ketika perbicaraan dan pihak-pihak tidak tahu prosedur Mahkamah. Faktor-faktor tersebut menyebabkan prosiding Mahkamah terpaksa ditangguhkan dan akan berlakunya peningkatan kes tertunggak. Selain itu, terdapat juga sesetengah kes terpaksa ditangguhkan kerana pihak-pihak tidak mahu mengikuti arahan Mahkamah seperti tidak melengkapkan penyediaan pliding serta mengambil masa yang lama untuk melantik Peguam Syarie.

     

    Selain dari itu, Peguam Syarie juga menjadi penyumbang kepada penangguhan kes di mahkamah. Terdapat kes di mana Peguam Syarie tidak hadir ke Mahkamah tanpa sebarang alasan dan sebab yang munasabah. Ada juga peguam tidak hadir kerana ada kes di Mahkamah lain, Peguam cuti sakit dan menghadiri kursus/seminar.

     

    Tidak dinafikan juga bahawa penangguhan kes berpunca daripada pihak Mahkamah. Masalah penangguhan kes oleh mahkamah adalah disebabkan hakim bicara cuti sakit, hakim menghadiri kursus dan sebagainya. Kekurangan Hakim, Pegawai Penyelidik, Pegawai Sulh, Pendaftar dan juga pegawai-pegawai sokongan lain yang terlibat dalam pengurusan kes juga merupakan faktor utama penangguhan kes di peringkat mahkamah. Jumlah pegawai dan kakitangan yang sedia ada tidak mampu untuk mengendalikan kes yang semakin bertambah dari tahun ke tahun.

     

    Sungguhpun begitu, JAKESS telah cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah kes tertangguh ini sebagaimana berikut :

     

    • melantik 60 orang kakitangan lantikan kontrak yang terdiri daripada Hakim Syarie, Pegawai Penyelidik, Timbalan Pendaftar, Pegawai Sulh dan kakitangan sokongan seperti Pembantu Pendaftar dan Setiausaha Pejabat sejak November 2013;

     

    • membuat pengiliran hakim di daerah yang mempunyai pendaftaran kes terendah membantu lokasi yang mempunyai pendaftaran kes yang lebih tinggi;

     

    • melantik Timbalan Pendaftar (bagi Mahkamah Tinggi Syariah) untuk membantu pengurusan kes bagi membolehkan hakim bicara menumpukan kepada perbicaraan;

     

    • melancarkan SOP baru untuk menyelesaikan kes cerai yang ada persetujuan bersama iaitu melalui kaedah Fast Track serta melaksanakan kaedah hakam bagi kes perceraian yang tiada persetujuan bersama;

     

    • memberi alternatif kepada pihak-pihak yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri sesi perbicaraan di siang hari melalui program Night Court; dan

     

    • mewujudkan Mahkamah Rendah Syariah Ampang bagi mengurangkan kes- kes tertunggak di Mahkamah Rendah Syariah Hulu

Lampiran

Tiada Lampiran.