269) PEKERJA-PEKERJA DI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah yang harus diambil untuk memastikan pekerja-pekerja di Pusat Khidmat Masyarakat dilindungi insurans?
269) KUTIPAN HASIL NEGERI BAGI TAHUN 2019 HINGGA MAC 2020
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Sejak 2019 hingga Mac 2020, berapakah jumlah pendapatan Kerajaan Negeri hasil kutipan cukai tanah, cukai taksiran dan denda/kompaun yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan?
-
Selain kutipan tersebut, apakah sumber pendapatan lain bagi Kerajaan Negeri dan ke manakah ianya dibelanjakan? Sila perincikan
269) LALUAN ALTERNATIF MELALUI TERUSAN BESAR KE JALAN RAJA MUSA
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan menaik taraf jalan laluan alternatif melalui jalan Terusan Besar daripada parit 4, Sekinchan ke Jalan Raja Musa dan jumlah peruntukan yang disediakan jika ada?
269) PEMBANGUNAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah sasaran infrastruktur dan kemudahan awam yang mahu disediakan oleh kerajaan untuk setiap kampung?
-
Sila kemukakan pelan pembangunan kampung yang boleh dimanfaatkan oleh JKKK dan dimudahcarakan oleh wakil rakyat.
269) PENDIDIKAN & PENGANGGURAN ANAK MUDA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu anak muda tercicir yang kini mengambil keputusan melibatkan diri dalam industri 'e-hailing' tanpa meneruskan pengajian?
-
Apakah statistik pengangguran dikalangan anak muda di DUN Semenyih?
-
Mohon nyatakan bilangan ikut Mukim /Daerah.
269) INDUSTRI AERO ANGKASA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk menjayakan industri ini di Selangor?
-
Nyatakan secara terperinci syarikat dan alamat yang mempergiatkan industri aero angkasa di Selangor?
-
Berapakah jumlah pelaburan industri aero angkasa pada tahun 2015?
269) BINGKAS
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan berapa jumlah keluarga yang diluluskan untuk mendapat BINGKAS. Sila juga nyatakan keperincian iaitu mengikut daerah, kaum dan jantina ketua isu rumah tangga.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menambahkan jumlah keluarga yang akan dapat bantuan BINGKAS untuk tahun 2023?
269) JURANG PENDAPATAN ISI RUMAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah dan inisiatif kerajaan bagi menangani pelebaran jurang pendapatan isi rumah antara kumpulan 20 peratus teratas dengan 40 peratus terbawah?
269) PERUNTUKAN UNTUK RUMAH IBADAT SELAIN AGAMA ISLAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan peruntukan yang diberi kepada setiap rumah ibadat selain agama Islam dan senarai penerimanya serta tujuan permohonan peruntukan sejak tahun 2010 hingga 2014.
269) PROGRAM SYNTEX100
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini program tersebut?
-
Nyatakan jumlah permohonan dan jumlah yang diluluskan mengikut bangsa?
-
Adakah Kerajaan Negeri yakin program ini mencapai matlamat yang ditetapkan?