Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

269) PROGRAM SYNTEX100

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini program tersebut?

    Program Online 100 SITEC merupakan program bertujuan untuk membantu melahirkan lebih ramai peniaga secara atas talian dan membantu peniaga kecil dan sederhana (PKS) tempatan menjual secara atas talian. Status program tersebut seramai 100 peniaga diambil untuk program ini untuk dalam tempoh masa 12 bulan. Sejak Jun 2015 program ini telah melahirkan seramai 275 peniaga online, iaitu melebihi 75 peniaga daripada sasaran asal. Semua peniaga ini telah dibantu untuk menjual produk mereka di platform atas talian terbesar di malaysia iaitu Lazada, 11 Street, Log-On dan Youbeli.

  2. Nyatakan jumlah permohonan dan jumlah yang diluluskan mengikut bangsa?

    1. SITEC melakukan saringan pilihan dimana peniaga yang berpotensi kebiasaanya perlu menghadiri dan menduduki kelas E-dagang sebelum memohon untuk memasuki program Online 100 ini. Kelas-kelas E-dagang ini diadakan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina.

     

    SITEC tidak mempunyai data permohonan mengikut Bangsa tetapi berdasarkan kawasan, kerana program ini bertujuan untuk mendidik usahawan dan penjual atas talian di Negeri Selangor. Data permohonan diasingkan mengikut kawasan sahaja daerah Petaling , Shah Alam dan Klang merekodkan jumlah permohonan dan peniaga yang tertinggi mengikuti program ini.

     

    Jumlah permohonan yang diterima oleh SITEC untuk mengikuti program ini bagi tempoh Jun 2015 hingga Jun 2017 adalah sebanyak 380 permohonan dan hanya 275 permohonan yang berjaya diterima. Permohonan yang tidak berjaya adalah kerana tidak memenuhi syarat-syarat program seperti:

    Perniagaan yang tidak beroperasi di Selangor.

    ii. Produk yang diniagakan tidak bersesuaian untuk perniagaan atas talian, seperti yang ditentukan oleh Market Place seperti Lazada dan 11 Street.

    iii. Permohonan daripada perniagaan yang tidak didaftarkan dengan SSM. Ia merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

  3. Adakah Kerajaan Negeri yakin program ini mencapai matlamat yang ditetapkan?

    Secara dasarnya pihak SITEC berkeyakinan program yang dilaksanakan ini mencapai matlamat yang ditetapkan berdasarkan prestasi semasa. Ini kerana dalam tempoh 12 bulan iaitu daripada Januari 2016 sehingga Disember 2016, jumlah jualan Gross Merchandise Volume (GMV) telah mencecah RM 4 Juta daripada semua platform yang terlibat dengan program ini. Ia merupakan satu pencapaian  yang memberangsangkan mengikut piawaian Industri Edagang  di Malaysia yang masih membangun.

    Selangor juga adalah satu – satunya negeri yang menjadi pelopor dan berusaha melatih dan  mendidik penjual E-dagang dan orang awam secara konsisten dan mendalam di Malaysia terhadap industrI E-dagang ini.

    Dengan adanya Akademi SITEC yang menyediakan kursus pembelajaran secara online dimana lebih daripada 60 Video dan 100 Nota Power Point mengenai 3 modul E-dagang telah dimuatkan sejak Januari 2017, dan merupakan Online Ecommerce Learning Centre yang pertama di Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.