266) INDEKS MASALAH SOSIAL DI BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan indeks masalah sosial di bandar dan kesannya?
-
Nyatakan hasil kajian yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memantau masalah sosial di bandar?
-
Apakah langkah dan saranan yang dilakukan untuk membendung masalah ini?
266) KEPELBAGAIAN AGAMA DAN KAUM
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memperkasakan keharmonian kepelbagaian agama dan kaum di Selangor?
-
Nyatakan tindakan Kerajaan Negeri kepada individu atau kumpulan yang cuba memecahbelahkan dan mengganggu gugat keharmonian agama dan kaum?
266) PUSAT PENGUMPULAN BARANG TERPAKAI DI DUN MERU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan pengusaha berlesen/permit PDRM tetapi tidak berlesen MPK? Senaraikan nama dan lokasi pengusaha.
-
Bagaimanakah prosedur perolehan lesen PDRM dan MPK?
-
Bagaimana status premis yang masih beroperasi tanpa lesen MPK setelah tamat tempoh pemutihan sejak 2014?
266) JEJAK ILMUAN DAN TOKOH KARYAWAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah output atau hasil daripada Program Jejak Ilmuan yang telah dijalankan oleh Kerajaan sepanjang 2008-2012?
-
Senaraikan 25 tokoh ilmuan dan karyawan ilmu serta senarai karya atau bukubuku yang telah mereka hasilkan.
-
Senaraikan lima ilmuan dan lima magnum opus masing-masing yang boleh diangkat sebagai karya bertaraf nasional.
266) KANAK-KANAK YANG TERCICIR DALAM PENDIDIKAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk kerjasama yang dapat diadakan setakat ini dengan Kementerian Pendidikan dalam memastikan pendidikan untuk rakyat tidak di politikkan?
266) PENGURUSAN PASAR MALAM
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan keberkesanan PBT untuk menguruskan pasar malam dengan jumlah kakitangan yang terhad.
266) PENCEROBOHAN BUKIT BROGA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Mohon menyatakan secara lengkap hasil siasatan Kerajaan Negeri mengenai pencerobohan tanah di Bukit Broga, Semenyih baru-baru ini.
-
Mengapa penceroboh tidak dikenakan tindakan dan apakah status pemulihan terkini?
-
Apakah langkah yang diambil supaya masalah pencerobohan di bukit itu tidak lagi berlaku?
266) PEMBANGUNAN DESA DAN EKONOMI KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Berdasarkan suntikan dana RM4 juta oleh Kerajaan Negeri bagi Pembangunan Desa dan Ekonomi Kampung Tradisi, adakah inisiatif ini akan melibatkan semua kampung tradisi di Selangor?
-
Sekiranya tidak, senaraikan kampung-kampung tradisi manakah yang akan menerima manfaat daripada dana ini beserta manfaat yang diterima.
266) PEMBERIMILIKAN TANAH KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk melaksanakan dasar baharu dalam perihal Pemberimilikan Tanah Kerajaan kepada individu rakyat dengan membenarkan penerokaan di tanah-tanah Kerajaan ?
266) DASAR RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SELANGOR ‘RUMAH SELANGORKU’
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pecahan jenis Rumah Selangorku yang disyaratkan kepada pemaju untuk projek pembangunan melebihi 50 ekar.
-
Adakah syarat kuota serta diskaun khusus untuk pembeli bumiputera di dalam dasar baru ini dikekalkan?