250) MEMBAIK PULIH KEMUDAHAN AKTIVITI RIADAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina tapak kemudahan riadah terutama bagi aktiviti lasak di kawasan pinggir bandar?
-
Bagaimanakah proses pemantauan dan penyelenggaraan kemudahan riadah seperti gelanggang futsal yang dibina oleh kerajaan?
250) PROGRAM LADANG #SMARTSELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini program tersebut?
-
Nyatakan jumlah permohonan dan penerima bantuan tersebut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi menggalakkan lebih ramai menyertai program tersebut?
250) STATUS TANAH MASJID AS SYARIF PEKAN MERU DAN PENGGANTIAN PADANG BOLA AWAM.
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha MAIS untuk menukar status tanah Masjid As Syarif Meru yg kini masih lagi berstatus padang permainan kepada rumah ibadah?
-
Bilakah pihak MAIS akan mengantikan padang awam Meru yang kini telah diambilalih untuk membina masjid As Syaraif Meru?
250) WIFI PERCUMA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapa lokasi WiFi hotspot yang telah dipasang oleh Kerajaan Negeri setakat ini?
-
Adakah kita mampu sampai ke sasaran 2500 hotspot sepertimana yang digariskan di dalam ucapan belanjawan 2015?
-
Berapa kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri untuk memberi WiFi percuma ini?
250) PRESTASI EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan secara detail bagaimanakah prestasi ekonomi Selangor sepanjang tahun 2016?
-
Sila perincikan faktor kelembapan ekonomi global dan cukai GST terhadap prestasi ekonomi Selangor?
-
Apakah langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan bagi memastikan prestasi ekonomi Negeri terus stabil?
250) RUMAH URUT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah operasi yang telah dilakukan kerajaan negeri untuk membanteras kegiatan pelacuran dan khidmat seks di rumahÐrumah urut di negeri Selangor?
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh jabatan dan agensi peringkat negeri dalam hal ini?
-
Apakah tindakan selanjutnya dikenakan kepada premis-premis yang telah dikenakan tindakan kerana menjalankan aktiviti tersebut?
250) PERUMAHAN DAN HAK MILIK TANAH FELDA DI HULU SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan usaha-usaha Kerajaan Negeri yang diberikan kepada peneroka Felda di Hulu Selangor seperti lot tanah pertanian dan kediaman (borang Notis 5A) sejak tahun 2008.
-
Nyatakan status pembinaan rumah untuk generasi kedua Felda di Sungai Tengi Selatan.
250) KILANG KITAR SEMULA SISA ELEKTRONIK (E-WASTE) DI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah dan secara terperinci seperti lokasi kilang-kilang kitar semula E-waste di Selangor.
-
Nyatakan tindakan yang telah diambil terhadap kilang E-waste yang beroperasi secara haram di Selangor serta jumlahnya sejak tahun 2019.
-
Adakah semua kilang E-waste mengemukakan laporan EIA mereka?
250) PERUNTUKAN ADN DAN PENYELARAS SELANGOR 2024
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan setiap Ahli Dewan Negeri (ADN) dan Penyeleras bagi Negeri Selangor bagi tahun 2024?
-
Bagaimanakah perbelanjaan setiap ADN dan Penyelaras digunakan bagi Negeri Selangor bagi tahun 2024?
250) SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah individu dalam golongan sasar B40 yang telah berdaftar dengan dalam SMUE?
-
Senaraikan program IPR yang boleh dimohon untuk golongan B40 dan M40 selepas pensejajaran semula oleh kerajaan negeri?