Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

250) PERUMAHAN DAN HAK MILIK TANAH FELDA DI HULU SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan usaha-usaha Kerajaan Negeri yang diberikan kepada peneroka Felda di Hulu Selangor seperti lot tanah pertanian dan kediaman (borang Notis 5A) sejak tahun 2008.

    Kerajaan Negeri amat prihatin dan mengambil berat akan kebajikan peneroka / peserta Felda di Negeri Selangor serta masa depan mereka supaya pembangunan tanah FELDA memberi pulangan yang setimpal kepada peneroka / peserta. Maka, Kerajaan Negeri tampil untuk membantu Generasi Kedua FELDA untuk memiliki rumah yang selesa dan affordable berhampiran dengan keluarga

    Sejak dari tahun 2008, terdapat beberapa permohonan untuk tujuan lot rumah dan pertanian daripada peneroka melalui Ibu Pejabat FELDA telah diproses dan dikemukakan untuk pertimbangan MMKN oleh Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor.

    Antara permohonan yang diterima adalah permohonan pemberimilikan bagi tujuan projek perumahan warga FELDA di Felda Soeharto, FELDA Sg Tengi Selatan dan FELDA Gedangsa.

    Pada 22 Januari 2016 Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hakmilik Tanah kepada 136 peneroka Felda Sungai Tengi Selatan Mukim Hulu Bernam dan Mukim Sungai Tinggi, Daerah Hulu Selangor oleh PKNS di atas tapak seluas 17 ekar untuk tujuan perumahan Generasi Kedua FELDA. Pemberian Hakmilik Tanah kepada peneroka FELDA Sungai Tengi, FELDA Soeharto dan FELDA Gedangsa pula telah dilaksanakan sebelum tahun 2008.

    Kerajaan Negeri berharap agar pembangunan yang dirancang akan memberi manfaat bukan hanya kepada peneroka tetapi kepada keseluruhan Negeri Selangor amnya selaras dengan hasrat Negeri ‘Membangun Bangsa, Memakmur Negeri’.

  2. Nyatakan status pembinaan rumah untuk generasi kedua Felda di Sungai Tengi Selatan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Perumahan Generasi Kedua buat masa ini hanya tertumpu kepada Felda Sg. Tengi Selatan, Daerah Hulu Selangor adalah merupakan sebuah projek inisiatif Kerajaan Negeri yang dimajukan oleh PKNS. Projek ini meliputi pembangunan sejumlah 136 unit Rumah Berkembar Satu Tingkat yang mana Kerajaan Negeri akan membiayai sepenuhnya kos pembangunan infrastruktur yang dianggarkan berjumlah RM7.65 juta. Berikut adalah status semasa dan sasaran bagi kelulusan yang berkaitan dengan cadangan pembangunan perumahan generasi kedua Felda Sg. Tengi Selatan :

    Kelulusan Kebenaran Merancang (KM) Bersyarat telah diperolehi dari Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) pada 05 Mei

    Kelulusan KM Penuh dari MDHS telah diperolehi pada 12 September 2017.

    • Sasaran kelulusan  Pelan  Pra-Hitungan  dijangka   diperolehi pada 10 Oktober

     

    • Sasaran Kelulusan Pelan Kerja Tanah serta Pelan Jalan & Perparitan dijangka diperolehi pada 20 Oktober

     

    • Pelan Bangunan dan Pelan Sementara disasarkan untuk mendapat kelulusan pada 06 November

     

    • kerja pembersihan   tapak    telah   dimulakan   kontraktor    pada 03 Ogos 2017 dan telah disiapkan pada 18 Ogos

     

    • Sasaran untuk kerja-kerja pembinaan dimulakan di tapak adalah pada pertengahan akhir November

Lampiran

Tiada Lampiran.