249) TANAH BADAN-BADAN BERKANUN DAN ANAK-ANAK SYARIKAT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua plot tanah dengan lokasi dan keluasan yang dimiliki oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) serta setiap anak syarikatnya.
-
Sila senaraikan semua plot tanah dengan lokasi dan keluasan yang dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serta anak-anak syarikatnya.
249) INSENTIF GALAKAN RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci tujuan dan faedah insentif ini diwujudkan?
-
Berapakah jumlah rumah yang disediakan kepada pemohon melalui insentif ini?
249) PELANCONGAN FRUIT VALLEY
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan PKPS untuk membangunkan Fruit Valley Selangor?
-
Bagaimana aktiviti pelancongan memanfaatkan Fruit Valley?
-
Bagaimana PKPS menarik lagi ramai pengunjung ke Fruit Valley?
249) STATUS TANAH MASJID JAMEATUS-SOLEHAH DENGKIL
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Adakah isu status pemilikan tanah bagi masjid ini telah diselesaikan termasuk peruntukan untuk membina masjid baharu tersebut?
-
Adakah lokasi masjid baharu dan pewartaan tanah yang diperuntukan telah diputuskan? Jika ya sila jelaskan butirannya.
249) SISTEM PERPARITAN DI TAMAN PERMATA SUNGAI LALANG SEMENYIH
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah kekerapan berlaku banjir di taman tersebut?
-
Adakah sistem perparitan di taman tersebut mengikut piawaian yang telah ditetapkan?
249) HAIWAN LIAR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Bagaimana langkah yang dilakukan oleh PBT khususnya di Daerah Hulu Langat untuk mengatasi masalah anjing di taman-taman perumahan?
-
Pada September dan Oktober 2017, berlaku serangan anjing liar yang mengakibatkan kecederaan dan kematian. Apakah mangsa berhak menuntut pampasan daripada pihak tertentu?
249) ISU SAMPAH HARAM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha dan perancangan kerajaan bagi mengatasi masalah pembuangan sampah merata-rata dan mengakibatkan sampah haram terutamanya di kawasan perniagaan?
-
Adakah kewajiban penyediaan tong sampah di setiap premis perniagaan perlu dilaksanakan?
249) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah kelebihan dan manfaat yang diperoleh oleh rakyat Selangor daripada Memorandum Persefahaman Penstrukturan Industri Air Selangor?
-
Bilakah akan dilaksanakan saham air percuma untuk rakyat Selangor?
249) PEJABAT TANAH DAERAH PETALING
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Mengapakah Pejabat Tanah Daerah Petaling di SS16 Subang Jaya perlu berpindah?
-
Siapakah yang telah meluluskan transaksi pindah milik ini?
-
Sila berikan butir-butir seperti harga penjualan, nama pembeli dan pengarah yang terlibat, syarat-syarat duluan
249) BANTUAN SEKOLAH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi peruntukan terhadap sekolah-sekolah bantuan Kerajaan seperti sekolah bukan bantuan Kerajaan sebelum ini? Sila nyatakan mengapa.