Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

249) HAIWAN LIAR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana langkah yang dilakukan oleh PBT khususnya di Daerah Hulu Langat untuk mengatasi masalah anjing di taman-taman perumahan?

    1. Majlis Perbandaran Kajang mempunyai Unit Kacauganggu (Jabatan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam) yang khusus menjalankan aktiviti tangkapan anjing liar yang terdiri daripada 18 kakitangan. Kakitangan yang bertugas akan menjalankan aktiviti tangkapan anjing liar pada setiap hari di seluruh kawasan MPKj. MPKj menggunakan 3 kaedah bagi aktiviti penangkapan anjing liar iaitu perangkap, penyauk dan
  2. Pada September dan Oktober 2017, berlaku serangan anjing liar yang mengakibatkan kecederaan dan kematian. Apakah mangsa berhak menuntut pampasan daripada pihak tertentu?

    Pihak MPKj tidak mempunyai sebarang bentuk pampasan kepada orang awam yang mengalami kecederaan atau kematian akibat serangan anjing liar. Walaubagaimanapun sekiranya didapati anjing tersebut berlesen, mangsa hendaklah berurusan terus dengan pemilik anjing

Lampiran

Tiada Lampiran.