236) YAYASAN BASMI KEMISKINAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah perkembangan terkini isu permohonan tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)?
-
Meminta kerajaan negeri membentangkan satu penerangan khas terhadap YBK dan badan-badan amal yang pernah mendapat sumbangan daripada kerajaan negeri?
236) DANA USAHAWAN MIKRO SELANGOR 2015
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keseluruhan usahawan yang telah menerima dana ini sehingga September 2015?
-
Nyatakan bidang perniagaan dan jumlah dana yang di terima oleh mereka?
236) PROJEK DALAM KAWASAN PERMIT PENGGUNAAN DI KOMPARTMEN 1,2,15,16,18,19,22 DAN 23 HUTAN SIMPAN KARANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini projek di Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta senaraikan projek tanaman yang telah dilaksanakan dan berapa keluasan projek yang telah berjalan bagi setiap fasa?
-
Berapa ramai jumlah peserta yang memohon bagi projek setiap fasa-fasa tersebut dan senaraikan peserta yang terbabit bagi setiap fasa dengan terperinci?
-
Berapa ekar setiap peserta yang layak dapat melaksanakan projek tersebut dan senaraikan setiap peserta yang layak melaksanakan projek tersebut?
236) KONTRAKTOR SISA PEPEJAL & PEMBERSIHAN AWAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan terkini kerajaan negeri untuk menyusun semula sistem kontraktor sisa pepejal dan pembersihan awam?
-
Apakah jumlah yang Kerajaan Negeri sedia melabur untuk membeli mesin dan peralatan untuk meningkatkan kecekapan pembersihan awam?
236) MEMULIHARA KAWASAN HIJAU DAN LAPANG
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan untuk memastikan sesuatu kawasan hijau /lapang yang telah diperuntukkan atau digazet tidak ditukar semula statusnya oleh mana-mana pihak Kerajaan atau pemaju pada masa akan datang ?
236) STATUS CCC MASJID BUKIT KAPAR 2, KAMPUNG BUKIT KAPAR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Apakah benar Masjid Bukit Kapar 2 belum mempunyai CCC?
-
Apakah usaha kerajaan di dalam membantu dengan kadar segera untuk masjid ini mendapatkan CCC tersebut bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini?
236) SEKOLAH RENDAH AGAMA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kriteria-kriteria bagi sekolah rendah agama untuk mendapatkan bantuan penuh daripada kerajaan negeri
-
Nyatakan jenis bantuan yang disediakan kepada SRA
-
Berapakah jumlah keseluruhan bagi murid serta guru kafa yang dicatatkan setakat 2014?
236) BALAI BOMBA & PENYELENGGARAAN KEGUNAAN BOMBA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap kawasan penempatan terancang mempunyai balai bomba?
-
Apakah kriteria yang ditetapkan oleh kementerian yang terlibat bagi menyediakan kemudahan balai bomba kepada penduduk?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan balai bomba di setiap dun?
236) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah menjual bangunan Asrama Yayasan Kuala Lumpur di Kg Pandan. Adakah Yayasan Selangor masih melaksanakan dasar pengambilan pelajar- pelajar lepasan UPSR untuk ditempatkan di Asrama Yayasan Selangor.
-
Jika ada, berapakah jumlah pelajar-pelajar berkenaan dan di mana mereka ditempatkan?
-
Apakah kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada pelajar tersebut?
236) HIGH SPEED RAIL (HSR) SINGAPORE – KUALA LUMPUR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan kerajaan terhadap cadangan membangun projek HSR oleh kerajaan persekutuan tanah dalam Selangor?
-
Adakah kerajaan terlibat secara langsung dalam pembangunan projek tersebut?
-
Selain dari jajaran landasan, adakah kerajaan telah mengenal pasti cadangan salah satu tapak stesen dalam negeri Selangor?