Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

236) BALAI BOMBA & PENYELENGGARAAN KEGUNAAN BOMBA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap kawasan penempatan terancang mempunyai balai bomba?

    Setiap pemajuan yang dijalankan di Negeri Selangor perlu mematuhi keperluan Manual Garispanduan Perancangan Negeri Selangor (Edisi 3) dan syarat – syarat penyediaan kemudahan awam termasuk Balai Bomba merupakan keperluan di dalam Manual berkenaan. Kerajaan Negeri melalui PBT akan memastikan keperluan ini dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pemaju.

  2. Apakah kriteria yang ditetapkan oleh kementerian yang terlibat bagi menyediakan kemudahan balai bomba kepada penduduk?

    Berdasarkan Manual berkenaan keperluan penyediaan Balai Bomba dan Penyelamat adalah seperti berikut:-

  3. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan balai bomba di setiap dun?

    PBT selaku Pihak Berkuasa Perancang Tempatan hanya menyediakan tapak manakala pembinaan bangunan dan anggota adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.