235) PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar kemiskinan untuk Negeri Selangor dari tahun 2004 hingga 2009?
-
Apakah jumlah warga miskin mengikut pecahan daerah dan kaum di Selangor dari tahun 2004 hingga 2009?
-
Apakah perancangan kerajaan bagi membantu golongan miskin di Selangor khasnya dalam merapatkan jurang kemiskinan antara bandar dan desa?
235) PEMBANGUNAN PEKAN SUNGAI AIR TAWAR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan Pekan Sungai Air Tawar untuk menjadi pekan moden?
235) PERUMAHAN MAMPU MILIK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembangunan perumahan mampu milik di Parlimen Kapar mengikut DUN?
-
Berapakah perumahan mampu milik yang sudah siap dari tahun 2001 hingga 2024?
-
Berapakah perumahan mampu milik yang dijangka siap pada tahun 2025?
235) SKIM INSURANS PEDULI SIHAT
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah cara kerajaan dalam meningkatkan kuota Peduli Sihat terutamanya ditempat yang mempunyai pengundi yang ramai serta taraf hidup yang rendah?
-
Apakah usaha kerajaan untuk memastikan golongan pemegang kad OKU mendapat manfaat inisiatif Skim Insurans Peduli Sihat?
235) PAPAN TANDA (SIGNBOARD) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Apakah logo atau lambang yang dilarang dan dibenarkan pada papantanda dalam daerah Sabak Bernam?
-
Apakah jenis tulisan atau bahasa yang dibenarkan dan dilarang samasekali pada papantanda dalam daerah Sabak Bernam?
-
Berapa sewaan yang dikenakan untuk meletakkan banner/bunting di kawasan MDSB?
235) LOJI PEMPROSESAN PADI BENIH SUNGAI BURONG
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan dengan jelas apakah objektif utama dan peranan yang dimainkan oleh Loji Pemprosesan Padi Benih tersebut ?
-
Sila kemukakan apakah alasan utama yang menyebabkan Loji tersebut ditamatkan operasinya dan apakah kesan jangka masa pendek dan masa panjang terhadap para petani ?
-
Sila nyatakan jumlah sebenar kos pembinaan loji tersebut dan bilakah ia mula beroperasi ?
235) PRESTASI UNISEL
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah masalah yang dihadapi oleh Unisel?
-
Apakah tindakan yang diambil untuk mengatasinya?
-
Bagaimanakah prestasi Unisel pada keseluruhannya?
235) KAJIAN PANDANGAN AWAM (OPINION POLL)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Berapa kalikah kajian pandangan awam (Opinion Poll) tentang prestasi kerajaan negeri dijalankan sejak 2008 sehingga kini?
-
Nyatakan jumlah kos yang dikenakan mengikut kajian yang dijalankan
235) STRATEGI DAN PEMODELAN TEBATAN BANJIR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi dan pemodelan bagi setiap projek tebatan banjir bagi Sungai Klang, Sungai Langat dan Sungai Damansara demi mengawal banjir di lembangan tersebut?
-
Apa ukuran keberkesanan projek-projek tersebut seperti di Petaling Jaya, Klang dan Kajang?
235) MEMARTABATKAN PERANAN WANITA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Berbanding dengan Kerajaan Pusat yang sering meremehkan potensi wanita, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memartabatkan peranan wanita termasuk membangunkan profil tokoh-tokoh wanita di Negeri Selangor?