235) BANTUAN BLUEPRINT KEMISKINAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Berapa peratus sasaran penurunan, jumlah kemiskinan dengan pelaksanaan bantuan blueprint kemiskinan?
-
Berapakah jumlah penerima bantuan pada tahun 2015 mengikut daerah?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memantau setiap penerima bantuan tersebut?
235) KESESAKAN LALULINTAS DI SEPANJANG JALAN HULU LANGAT DARIPADA BATU 9, CHERAS KE PEKAN BATU 14, HULU LANGAT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang di ambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?
235) PASIR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
-
Selangor menjalankan aktiviti perlombongan pasir;
a) Berapakah jumlah tan metrik pasir yang telah dilombong dan dikeluarkan sejak 2018 sehingga kini?
b) Berapakah nilai hasil daripada penjualan pasir dan berapakah pulangan kepada Kerajaan Negeri daripada aktiviti ini sejak 2018 sehingga kini?
235) SEMAKIN BANYAK SEKOLAH MEMINTA BANTUAN DARI ADUN DAN AHLI PARLIMEN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Semakin banyak sekolah meminta bantuan dari Adun dan Ahli Parlimen. Adakah kerajaan akan menambah lagi Peruntukan kepada Adun dan Ahli Parlimen untuk bantuan sekolah-sekolah?
235) PUSAT DIALISIS RAKYAT (PDR)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kos pembinaan dan pengurusan setiap Pusat Dialisis Rakyat (PDR) yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri sejak 2008
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri yang telah dan akan diambil untuk membantu pesakit dialisis selain daripada mewujudkan PDR?
235) PROJEK ‘GREATER KL CENTRALISED SEWAGE’
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah tapak yang terlibat di dalam kawasan PBT dan DUN masingmasing.
-
Jelaskan permasalahan yang di akibatkan oleh projek ini dan tindakan yang telah diambil.
-
Adakah tanah-tanah loji sedia ada akan di pulangkan kepada kerajaan negeri selepas projek ini siap?
235) STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Adakah Stadium Shah Alam sekarang akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada Kompleks Sukan Baru yang dicadangkan?
-
Bagaimana dengan nasib pengusaha padang sukan komersial dan Go-Kart berhampiran stadium?
235) KESELAMATAN DAN JENAYAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah anggota polis bantuan yang ditugaskan untuk membantu menjaga keselamatan penduduk mengikut pecahan PBT.
-
Apakah pendekatan Kerajaan Negeri bagi membantu mengurangkan kadar jenayah melalui Jawatankuasa Bandar Selamat yang ditubuhkan di setiap PBT?
235) BEKALAN IKAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah tangkapan ikan yang didaratkan di jeti Negeri Selangor dan adakah ianya mencukupi bagi memenuhi permintaan?
-
Apakah terdapat kaedah terkini bagi meningkatkan bekalan ikan?
235) LAPORAN TAHUNAN PRESTASI GLC SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Komitmen Kerajaan Negeri untuk memberi laporan setiap suku tahunan kepada semua ADUN dan membuat pembentangan tahunan dalam Dewan mengenai prestasi strategik, kewangan dan operasi kesemua Anak Syarikat Negeri selari dengan amalan ketelusan dan bertanggungjawaban.