234) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah syarat pendapatan isi rumah di bawah RM4,000 masih relevan bagi memohon Skim Air Darul Ehsan?
-
Nyatakan jumlah penduduk bandar di Selangor yang menerima Skim Air Darul Ehsan berbanding luar bandar.
234) PROJEK PEMBESARAN KAMPUNG AMPANG PECAH (TAMAN DESA BUKIT BUJANG)
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Status terkini Projek Pembesaran Kampung Ampang Pecah (Taman Desa Bukit Bujang) dan nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu 96 unit rumah dan infrastruktur yang telah siap 90% supaya ia tidak menjadi satu lagi projek terbengkalai.
234) HOTEL BAJET
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama dan alamat hotel bajet mengikut setiap PBT yang berlesen ?
-
Apakah kriteria untuk kelulusan lesen dan operasi perniagaan ?
234) KOLAM TAKUNGAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Senaraikan semua kolam takungan di kawasan MPSJ
-
Apakah polisi dan tanggungjawap serta jadual penyelenggaraan terhadap kolam takungan tersebut untuk mengelakkan banjir kilat
-
Apakah perancangan untuk membina lebih banyak kolam takungan di kawasan MPSJ?
234) UNDANG-UNDANG HUDUD
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Apakah undang-undang hudud sesuai dilaksanakan di Selangor?
-
Apakah peruntukan enakmen sedia ada meliputi sebahagian daripada perundangan hudud?
-
Adakah kerajaan akan mengikut jejak langkah Kelantan dalam melaksanakan hukum Hudud di negeri ini?
234) NAIK TARAF JALAN DI BAWAH MBDK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama jalan dan taman di bawah seliaan MBDK yang telah diturap di DUN Sementa sejak 2021 hingga 2024 dengan kos perbelanjaan bagi setiap jalan tersebut.
-
Senaraikan nama-nama jalan yang akan diturap pada tahun 2025 dan kos setiap jalan tersebut.
234) HIGH SPEED RAIL
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status terkini cadangan projek ini.
-
Adakan terdapat sebahagian jajarannya yang melalui kawasan DUN Dengkil?
-
Adakah terdapat sesi penerangan dan perbincangan bersama penduduk dilakukan berkaitan proses pengambilalihan tanah yang bakal dilakukan?
234) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah sampah yang dihasilkan setiap hari di Selangor setakat kini?
-
Apakah rancangan kerajaan demi mengurangkan sampah di dalam negeri?
-
Adakah kerajaan berhasrat menguruskan sampah dengan cara lain selain daripada cara penanaman sampah?
234) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Penamatan kakitangan kontrak PHSB dibuat mengikut saluran, adakah benar mereka ditamatkan perkhidmatan dalam masa dua puluh empat jam?
234) BANTUAN BENCANA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai sebenar bantuan bencana alam yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk mangsa ribut dan banjir?
-
Apakah prosedur untuk memohon bantuan bencana tersebut?