234) PENGUATKUASAAN SAMPAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Adakah denda RM 1000 kepada mereka yang membuang sampah masih dikuatkuasa dan sejauh mana penguatkuasaan itu berlaku?
234) KORIDOR UTILITI SELANGOR (KUSEL)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peratus keberjayaan KUSEL dalam mencapai matlamatnya dalam pengurusan air?
-
Apakah masalah yang dihadapi KUSEL dalam melaksanakan fungsinya di lapangan?
234) GEMPA BUMI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Kebelakangan ini, banyak negara jiran telah pun mengalami gempa bumi yang agak serius. Terdapat beberapa tempat di Negeri Selangor juga mengalami gegaran akibat gempa bumi di negara jiran. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya rakyat Negeri Selangor terhadap gempa bumi?
-
Apakah langkah-langkah pencegahan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap gempa bumi?
234) TAWAS
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh pihak TAWAS dalam meningkatkan pengetahuan tersebut?
234) RUANG PARKIR DI PEJABAT TANAH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
-
Saya mendapat maklum balas rakan-rakan Ampang yang menyatakan terdapat parkir khas kepada ADN sehingga 10 slot di Pejabat Tanah, bolehkah ia dibuka kepada awam memandangkan ADN tidak kerap ke premis tersebut?
234) VAKSIN MURID-MURID SEKOLAH
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan dasar terkini berkenaan vaksinasi untuk murid-murid sekolah.
234) PENCEMARAN SUNGAI PENCHALA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah sumber sumber pencemaran untuk Sungai Penchala?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi pencemaran ini?
-
Bilakah Sungai Penchala dijangka boleh jernih dan selamat untuk manusia mandi dan main air sungai?
234) KERJA-KERJA PEMBINAAN PEMBENTUNGAN LANGAT DI KAWASAN BATU 11 CHERAS HINGGA KAJANG SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mengarahkan PBT untuk memantau dan mengawasi kerja-kerja pengorekan tanah dan penurapan yang sedang dijalankan oleh MMC Pembetungan Langat, kelihatan lokasi yang di gorek dan diturap kurang memuaskan, berlaku mendapan? Hasilnya akan memudaratkan pengguna jalanraya
234) SELANGOR BUSINESS SCHOOL
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kos penubuhan dan operasi Selangor Business School di bawah Universiti Selangor (UNISEL) di kampus Petaling Jaya sejak tahun 2017.
-
Nyatakan bilangan pelajar di kampus ini secara terperinci dari tahun 2017 dan apakah status operasi Selangor Business School ketika ini?
234) KUASA TENAGA SOLAR MATAHARI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam pembinaan kuasa tenaga solar matahari ?