233) PELAN INDUK PERTANIAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah status penyediaan pelan induk pertanian negeri Selangor sehingga kini?
-
Adakah pengeluaran makanan berasaskan pertanian telah mampu memenuhi permintaan negeri ini?
-
Apakah bentuk inisiatif kerajaan bagi menggalakkan generasi muda terlibat dengan aktiviti pertanian?
233) PERKHIDMATAN E-BIL AIR SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perancangan Air Selangor bagi menggalakkan pelanggan menggunakan perkhidmatan e-bill memandangkan peratusan pelanggan berdaftar e-billing adalah sangat rendah.
-
Adakah Air Selangor berhasrat mendirikan kios di pihak ketiga seperti KWSP bagi menyenangkan pelanggan menyemak bil air? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
233) PELABURAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Siapakah pelabur asing (Foreign Direct Investment) yang melabur di Negeri Selangor selain dari Negara China?
-
Di sektor manakah yang paling tinggi pelaburannya?
-
Nyatakan jumlah keuntungan hasil pelaburan bagi tahun 2012 sehingga kini.
233) SRA UZUR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan sekolah (SRA) yang telah dikenalpasti uzur dengan disusun mengikut merit serta nyatakan bagaimana penilain merit tersebut?
-
Adakah peruntukan semasa tahunan Kerajaan Negeri dapat menampung sekolah (SRA) uzur yang melibatkan keselamatan guru dan pelajar (telah dimeritkan) cukup bagi menyelesaikan masalah ini dan nyatakan berapa sepatutnya yang perlu diterima oleh JAIS berdasarkan merit tersebut?
-
Berapa lama proses yang diambil dari kenalpasti sekolah (SRA) uzur, susun mengikut merit sehingga bangunan sekolah (SRA) boleh diguna dengan selamat?
233) PINDAAN RANCANGAN TEMPATAN PBT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah panduan dan peraturan zoning dalam Rancangan Tempatan PBT?
-
Apakah kategori zon dalam sesuatu Rancangan Tempatan?
-
Berapakah kos yang terlibat dalam membangunkan sesuatu Rancangan Tempatan?
233) PENGUATKUASAAN TERHADAP OPERASI KEGIATAN TAPAK SAMPAH HARAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pengusaha tapak sampah haram di seluruh negeri telah ditahan bermula tahun 2020 sehingga kini?
-
Selain daripada bergantung kepada penguatkuasaan PBT, adakah Kerajaan Negeri bersedia mewujudkan unit khas yang melibatkan pelbagai agensi untuk membanteras kegiatan tapak sampah haram ini?
233) MASALAH KILANG HARAM DI MERU
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah kilang haram yang terdapat di dalam DUN Meru?
-
Apakah tindakan yang telah diambil untuk mengatasi kilang haram ini?
-
Berapakah kilang haram di Meru yang telah diputihkan setakat ini?
233) DANA MIKRO KREDIT DAN IKS
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Perincian mengenai kesemua institusi mikrokredit dan skim perusahaan kecil dan sederhana Kerajaan Negeri termasuk objektif; industri tumpuan; jenis intervensi; pencapaian berbanding sasaran sejak penubuhan dari segi bilangan penerima, jumlah kredit, kadar pembayaran semula dan sebagainya
233) PERATUSAN WANITA DI SEMUA PERINGKAT PEMBUAT DASAR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah rancangan Kerajaan melalui Institut Wanita Berdaya bagi mencapai sasaran 30 peratus wanita di dalam semua peringkat pembuat dasar dan keputusan di bawah kerajaan?
-
Sejauh manakan konsistensi pencapaian sasaran tersebut setakat ini sejak Dasar Wanita Selangor diperkenalkan?
233) KUARI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan berapa jumlah pengeluaran kuari dan hasil yang diterima di Negeri Selangor setiap tahun mulai 2002 sehingga sekarang?
-
Apa rancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan bekalan kuari mampan dan berterusan untuk sektor pembinaan bangunan?