Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

233) PERKHIDMATAN E-BIL AIR SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perancangan Air Selangor bagi menggalakkan pelanggan menggunakan perkhidmatan e-bill memandangkan peratusan pelanggan berdaftar e-billing adalah sangat rendah.

    Sehingga 31 Oktober 2018, jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan e-bil iaitu bersetuju untuk menerima bil air melalui emel adalah sebanyak 278,000 pelanggan. Air Selangor melalui Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi melaksanakan aktiviti berterusan bagi meningkatkan peratusan pelanggan berdaftar menggunakan perkhidmatan e-bil. Antara aktiviti – aktiviti yang dilaksanakan secara beterusan adalah seperti berikut :

    • Menyediakan maklumat pendaftaran bagi perkhidmatan e-bil yang dicetak di bil bulanan
    • Pendaftaran melalui ‘Applikasi telefon bimbit Air Selangor’.
    • Kempen pendaftaran melalui hebahan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
    • Kempen melalui penghantaran e-mel.
    • Kempen mengunakan aplikasi Whatsapp.
    • Pendaftaran e-bil di sepuluh (10) kaunter perkhidmatan di pejabat pejabat wilayah Air
    • Promosi e-bil kepada pelanggan yang menghubungi Pusat
    • Program Turun Padang dan pembukaan ‘Open Counter’ e-bil.
    • Program kempen    e-bil    Bersama    Persatuan    Penduduk   dan    Badan Pengurusan Bersama (JMB).
  2. Adakah Air Selangor berhasrat mendirikan kios di pihak ketiga seperti KWSP bagi menyenangkan pelanggan menyemak bil air? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    Buat masa ini Air Selangor tidak bercadang mendirikan perkhidmatan kiosk dengan pihak ketiga untuk semakan bil air. Selain dari saluran-saluran interaksi sedia ada, Air Selangor juga telah melancarkan perkhidmatan aplikasi telefon bimbit untuk pelanggan menyemak bil, menyalurkan aduan serta mendapatkan maklumat gangguan bekalan dan lain-lain kemudahan.

Lampiran

Tiada Lampiran.