230) PILIHAN RAYA PENGERUSI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah keputusan pilihan raya terkini?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperluaskan pilihan raya kepada semua Kampung di Selangor?
230) PENYAKIT HIV
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kes penyakit berjangkit kelamin akibat isu "Men who have sex with men" (MSM) pada tahun 2020 hingga tahun 2024 berdasarkan bancian data Pejabat Kesihatan Daerah di Negeri Selangor.
230) TANAMAN POKOK BERRIES
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan merancang untuk melaksanakan kempen penanaman pokok berbuah (berries) di taman kanak-kanak? Berries ini boleh dimakan oleh kanak-kanak sebagai zat tambahan vitamin C, contoh mulberry, ceri, kemunting, guava, letup-letup dan senduduk.
230) BAIK PULIH GELANGGANG FUTSAL DI TAMAN-TAMAN PERUMAHAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Sedarkah Kerajaan Negeri khasnya PBT di Kuala Selangor, terlalu banyak gelanggang futsal di taman-taman perumahan yang telah rosak?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk membaik pulih gelanggang tersebut?
230) WANITA BEKERJAYA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam menggalakkan penglibatan wanita bekerjaya tanpa menjejaskan tanggungjawab keluarga?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan khusus untuk sokongan wanita dalam sektor awam?
-
Apakah inisiatif yang diperkenalkan untuk sektor swasta dalam isu ini?
230) PELABURAN KE SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak pelaburan yang masuk ke Selangor sehingga sekarang pada tahun ini?
-
Apakah masalah-masalah yang masih dihadapi oleh Kerajaan Selangor dalam menarik lebih banyak pelaburan asing dan domestik ke negeri Selangor?
230) PENCAPAIAN SELCAT
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berkenaan tindakan menyemak keupayaan, akauntabiliti dan ketelusan jabatan-jabatan kerajaan, nyatakan bilangan siasatan, pendengaran awam dan kes-kes terlibat yang telah dijalankan oleh SELCAT sejak 2008.
230) INFRASTRUKTUR UNTUK KENDERAAN EV DI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Bagi menggalakkan penggunaan kenderaan yang lebih mesra alam, apakah inisiatif atau pelan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?
230) SANITARY LANDFILL TANJUNG DUA BELAS
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Apakah masalah-masalah utama yang timbul ketika menggunakan sanitary landfill ini?
-
Secara puratanya, berapakah jumlah berat sampah yang dibawa ke sanitary landfill ini setiap bulan?
-
Sila senaraikan PBT-PBT yang menggunakan sanitary landfill ini.
230) TANAH DAN HUTAN SIMPAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah hektar sawah yang diusahakan di Selangor dan jumlah hektar sawah yang ditukar kepada status pelancongan?
-
Berapakah keluasan hutan simpan Sungai Karang yang masih kekal tidak dimiliki oleh mana-mana agensi/koperasi?
-
Berapa agensi/koperasi yang memiliki tanah serta senaraikan Ahli Lembaga Pengarah setiap agensi/koperasi?